Tiada cuti umum esok

PUTRAJAYA: Berita pengisytiharan esok (2 Mac) adalah cuti umum bersempena pelantikan Perdana Menteri kelapan, yang tular hari ini adalah berita palsu.

jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan berita tular mengenai esok diisytiharkan sebagai cuti umum sempena perlantikan Perdana Menteri kelapan hari ini.

“JPM mengesahkan bahawa berita yang tular berkaitan pengisytiharan cuti umum esok (Isnin) sempena perlantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah palsu,” katanya.
Dalam kenyataan ringkas jabatan berkenaan, semua pihak diminta berhenti daripada menyebarkannya.

0 Ulasan

Taip di atas...