Belum selesai COVID-19 belalang juta pula serang China
GUANGXI: China khuatir mereka akan mengalami nasib sama seperti Afrika apabila diserang belalang juta pada musim panas ini. Januari lalu, kumpulan belalang itu yang dikesan di Djibouti dan Eritrea dan kini merebak ke Tanzania serta Uganda, dilaporkan mengancam keselamatan makanan dan tempat tinggal berjuta-juta orang.
Menurut penyelidik Institut Perlindungan Tumbuhan Akademi Sains Pertanian China, Zhang Zehua, serangan belalang itu berkemungkinan besar akan menjejaskan wilayah Sichuan dan Yunnan, serta wilayah autonomi Guangxi Zhuang.
“Tidak mungkin belalang gurun ini akan terus berhijrah ke kawasan pedalaman China.
“Bagaimanapun, jika serangan belalang ini berterusan, ada kemungkinan ia memasuki China pada Jun atau Julai dengan peningkatan ketara,”
“Bagaimanapun, sebagai pemantauan semasa, peralatan aplikasi farmaseutikal dan racun perosak yang mencukupi serta kakitangan terlatih selain penyelarasan merentas rantau oleh kerajaan pusat perlu diselaras," katanya.
Beliau juga berkata, wilayah autonomi Tibet serta sempadan negara Pakistan, India dan Nepal merupakan kawasan pembiakan belalang juta.
Namun demikian, Zehua percaya, dengan adanya sistem pencegahan, belalang juta bukanlah ancaman kepada pengeluaran pertanian di China.
Menurut PBB di bawah Program Makanan Dunia, belalang juta adalah antara makhluk perosak migrasi yang paling berbahaya di dunia.
Sumber rujukan:
Berita Harian

0 Ulasan