Artisan Kaca Dengan Harta Karunnya Di Merata Dunia!
Josh Simpson, artisan kontemporari kaca ini telah menyertai banyak exhibit seni di merata dunia telah mendapat ilham untuk menyembunyikan harta-harta seninya ke merata tempat. Dia mendapat ilham untuk melakukan perkara ini setelah terlihat guli mainan kanak-kanak yang hilang di taman. Dengan bantuan peminat seninya, harta-hartanya telah pun berada di merata dunia.
![]() |
sumber foto :Josh Simpson facebook |
![]() |
sumber foto : @Simpson_Glass |
Josh Simpson, menurut wikipedia, dilahirkan 17 Ogos 1949, tapi menurut laman sesawangnya, dia tidak mengingatinya sendiri. Dia memulakan kerjayanya pada tahun 1972 dan sehingga kini dia masih kagum dengan dunia kaca yang diciptakannya. Artisan kaca yang berasal dari Shelburne Falls, Massachusetts telah membuat lebih daripada 3,000 "Infinity Planet " semenjak dia diilhamkan oleh angkasawan Apollo yang mengambil gambar ikonik Bumi mereka pada tahun 1970-an.
Jika ada sesiapa mahu mencadangkan tempat sebagai tempat persembunyian harta seninya ini? lawatlah laman sesawang ini, Infinity Project. (emmm... cuba hantar alamat rumah, macam cantik pula letak atas meja sudut... hehe)
Rujukan: megaplanet.com
0 Ulasan