COVID-19: Pasangan Suami Isteri Ditahan di Lapangan Terbang Labuan
LABUAN: Malam tadi, pasangan suami isteri ditahan di Lapangan Terbang Labuan setelah disyaki terdapat jangkitan koronavirus (COVID-19).
Pasangan muda itu, suaminya berumur 30 tahun, berasal dari Labuan manakala isterinya berumur 22 tahun merupakan warga China dari Shandong, China. Mereka ditahan ketika tiba di Kuala Lumpur, selepas pegawai imigresen mendapati mereka telah melawat China baru-baru ini.
Setelah diperiksa oleh pegawai kesihatan, mereka disyaki mempunyai gejala virus dan segera dihantar ke hospital. Siasatan awal mendapati pasangan tersebut baru sahaja pulang dari Xiamen, China pada 17 Februari lalu dan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan malam tadi. Isterinya juga mengaku telah mengalami batuk sejak dua minggu yang lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari, kedua-dua mereka di bawa ke Hospital Labuan dan dimasukkan ke dalam bilik terpencil untuk kuarantin. Pasangan tersebut kini dalam kajian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Labuan untuk mendapatkan pengesahan sebenar.
Penumpang yang duduk bersebelahan dengan pasangan ini semasa dalam penerbangan, hotel atau penginapan yang sama sedang dikesan dan dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan dengan bantuan pihak polis.
Dalam masa yang sama, seorang pelajar perempuan (warganegara China) sebuah institusi pengajian tinggi di sini dikuarantin sejak Isnin selepas tiba dari salah satu wilayah China (tidak didedahkan) sebagai langkah dan prosedur yang perlu. Pelajar tersebut berada dalam keadaan baik dan kini belajar secara atas talian.
Untuk maklumat terkini berkaitan COVID-19, sila kunjungi Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia atau...

Sumber:
Borneo Today

0 Ulasan