Ejen Ali The Movie Dapat Rating 9.5/10 di IMDb !



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Ejen !

Ejen Ali The Movie,  sebuah filem animasi tempatan terbitan Wau Animation telahpun mula ditayangkan di pawagam  dan telah mencatat sejarah apabila berjaya memecah panggung di serata negara. Setakat ini, Ejen Ali The Movie telahpun mengutip sebanyak RM6.4 Juta!

Apa yang lebih membanggakan, portal penilaian filem antarabangsa, imdb.Com telah pun memberikan rating sebanyak 9.5/10 dan hal ini adalah cukup membanggakan. Sememangnya, hal ini membuktikan bahawa filem animasi negara mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan filem-filem animasi dari serata dunia.

Bagi sesiapa yang sudah melihat filem animasi ini, semestinya rating yang diberikan adalah layak dengan animasi dan grafik yang cukup terperinci , ditambah pula jalan cerita yang jelas dan menarik perhatian penonton.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Ejen Ali The Movie dengan jayanya.


HAA, bagi sesiapa yang belum menonton, bolehlah pergi ke pawagam berdekatan dan nikmati dengan sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi !


KITA JAGA KITA !

BERTINDAK SEGERA !

0 Ulasan

Taip di atas...