'Bekulut Kikik' Permainan Tradisional Labuan yang Dilupakan?
Assalamualaikum dan hai semuanya,
Bila bercakap tentang layang- layang tentu kita akan teringat akan wau yang popular di negeri-negeri semenanjung Malaysia yang memang sudah menjadi simbolik dan permainan tradisi masyarakat disana. Terutamanya bagi negeri-negeri di pantai timur seperti kelantan dan juga terengganu. Dalam bahasa mudahnya, Wau dikategorikan sebagai layang-layang yang cara bermainya adalah dengan menerbangkan layang-layang tersebut ke atas langit sambil dikawal oleh tukang layangnya di bawah.
Tetapi tahukah anda, masyarakat wilayah persekutuan labuan turut mempunyai keistimewaanya yang tersendiri iaitu turut mempunyai Layang-Layang yang tersendiri yang digelar oleh masyarakat tempatan sebagai "kikik". Nama kikik ialah diambil dari dialek masyarakat melayu brunei di labuan yang menggelar layang-layang sebagai kikik yang pada sejarah awalnya permainan kikik ini berasal dari negara Brunei darussalam namun dibawa oleh masyarakat tradisional melayu brunei ke labuan setelah berhijrah ke pulau Labuan. Kikik juga sama seperti wau yang ada di semenanjung malaysia iaitu mempunyai pelbagai jenis dan nama. Contohnya seperti kikik bulan, kikik jangkang dan kikik pari adalah antara nama gelaran yang diberikan oleh masyarakat tempatan terhadap Kikik mereka.
Proses pembuatan kikik ini adalah sama seperti pembuatan Layang-layang tradisional yang lain iaitu penggunaan buluh masih digunakan sebagai rangka kikik agar tidak mudah patah apabila dilanda angin yang kuat. Seterusnya, badanya pula akan menggunakan plastik nyaring ataupun kertas turas agar badan kikik tesebut tidak mudah koyak apabila diterbangkan. Namun keistimewaan kikik ini berbanding layang-layang yang ada di semenanjung Malaysia adalah pada tali pemegang kikik ini yang menggunakan sejenis tali yang istimewa iaitu menggunakan tali belahan dalam bahasa tempatan. Jika dibandingkan layang-layang biasa yang hanya menggunakan tangsi atau benang. Penggunaan belahan menjadi elemen penting didalam permainan bekulut kikik yang bakal saya ulas selepas ini.

Setelah kita berkenalan dengan kikik, kini kita akan berkenalan dengan permainan tradisional yang diberi gelaran bekulut kikik. Permainan ini boleh dikatakan perlawanan yang menggunakan skill individu dan kualiti belahan para pemain. Cara bermainya adalah dengan 2 orang pemain akan menaikkan 'kikik' masing-masing secara serentak dan tiba masa yang sesuai barulah aksi berkulut akan dipamerkan iaitu masing-masing akan cuba memustuskan 'kikik' pihak lawan dengan cara mengusutkan tali "belahan" pihak lawan. Pemenang akan dikira siapa yang berjaya memutuskan kikik pihak lawan dengan pantas tanpa memutuskan kikik beliau. Sekiranya kikik kedua-dua pemain putus dalam keadaan serentak, keputusan akan dikira seri.
Kikik dan permainan bekulut Kikik sememangnya sudah sinonim dan menjadi permainan tradisional Masyarakat di labuan kerana Permainan ini sudah diwarisi oleh beberapa generasi terutama bagi masyarakat Melayu Brunei. Malahan, Permainan ini masih lagi dapat dilihat dimainkan dibeberapa tempat sekitar labuan seperti di Kampung Air Patau-patau 2 dan 1. Namun sayangnya permainan ini masih dianggap sebagai hobi oleh sesetengah pihak dan belum ada lagi usaha untuk memperkembangkan permainan ini di labuan berbanding di negara berunei yang sudah menjadikan pemainan bekulut kikik sebagai tradisi disana dan diraikan sebagai sebuah keramaian. Oleh itu, bersempena dengan tahun melawat Malaysia 2020, admin berharap akan ada pihak yang ingin memperkembangkan dan menggiatkan permainan bekulut kikik ini sebagai sukan rakyat masyarakat labuan.

0 Ulasan