5 Perkara Menarik Di Sebalik Ejen Ali The Movie
28 November yang lalu, sebuah filem animasi tempatan yang ketiga tahun ini iaitu Ejen Ali The Movie mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Ejen Ali The Movie telah menjadi fenomena di seluruh Malaysia walaupun dalam masa yang sama perlu bersaing dengan Frozen 2.
Filem yang dihasilkan oleh Wau Animation dan Primework Studios ini berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM 1.86 juta (148,343 penontotn) pada tayangan hari pertama dan RM 13 juta (1 juta penonton) pada minggu pertama. Berikut kami kongsikan 5 Perkara Menarik Disebalik Ejen Ali The Movie.
1. Soundtrack (Audio-visual)
2 soundtrack utama Ejen Ali The Movie iaitu Bukalah Matamu (Aisyah Aziz, Bunga) dan Kita Jaga Kita (Altimet x Cuurley x Malik Abdullah) telah berjaya menarik lebih banyak penonton untuk menonton filem ini.
Selain itu, secara keseluruhannya audio-visual yang digunakan dalam filem ini juga sesuai dengan babak-babak yang ditunjukkan sekali gus berjaya menimbulkan kesan emosi sedih, gembira, lawak dan sebagainya. Lagu mama tu sedih kan...huhu
2. Kemunculan Watak-watak Baharu

Bagi peminat Ejen Ali yang mengikuti siri animasi ini dari musim 1 hingga musim 2 sudah tentu telah mengenali karakter-karakter yang terdapat dalam animasi ini. Dalam filem Ejen Ali The Movie pula, lebih banyak karakter baharu diperkenalkan.
Bukan sekadar karakter baharu, karakter lama yang bersifat samar-samar yang telah ada di siri sebelumnya juga telah menjadi antara karakter yang memainkan peranan besar dalam filem ini. Dalam masa yang sama, karakter watak utama iaitu Ejen Ali juga menunjukkan watak tersebut semakin berkembang dan matang.
3. Budaya Malaysia
Membawa dan meperkenalkan budaya kita ke negara luar bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, pasukan produksi Ejen Ali The Movie telah membuktikan mereka berjaya membawa elemen budaya Malaysia melalui filem ini. Filem ini menunjukkan gambaran sebenar kehidupan masayarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Contohnya ada babak di kedai mamak dan karakter pelbagai bangsa seperi Melayu, Cina dan India. Mamak maju, servis laju!
Sungguhpun filem ini berkonsepkan risikan, teknologi dan masa depan, permainan tradisional kita seperti gasing juga ada ditunjukkan dalam filem ini. Filem ini juga membawa dan mengajar nilai-nilai murni yang baik kepada penonton khususnya generasi muda.
P/s: Part mak Ali tu sedih kan.....
4. Animasi & Grafik
![]() |
Urat kat tangan Dato' Othman pun nampak! |
Kalau sebelum ini kita katakan animasi Malaysia kaku dan seperti robot namun kini animasi tempatan telah mencapai satu tahap yang setanding dengan animasi antarabangsa seperti Disney.
Animasi dan grafik yang dintunjukkan dalan filem Ejen Ali The Movie ini memang terbukti berkualiti sehinggakan rambut karakter sangat halus dan mempunyai pergerakan dan tidak keras.
5. Jalan Cerita (Plot Twist)
Mungkin masih ada segelintir dari kita yang mengatakan Ejen Ali The Movie ini sebuah animasi untuk budak-budak sahaja. Ternyata anda silap! Plot filem ini sangat menarik sehinggakan anda tidak akan merasa bosan sedetik sekalipun. Plot twist tak sama seperti anggapan kita semasa melihat trailer. Setiap babak juga akan menarik perhatian anda untuk lebih fokus & penuh dengan aksi. Walaupun jalan cerita filem ini agak berat untuk difahami, namun golongan kanak-kanak masih boleh memahaminya. Dalam masa yang sama, filem ini juga akan membuatkan anda ketawa dan kemungkinan besar anda akan mengalirkan air mata. Maka, tak perlulah kata filem ini kartun budak-budak sedangkan anda layan Frozen 2. haha.
Ejen Ali merupakan animasi yang menceritakan seorang kanak-kanak yang menjadi ejen tanpa sengaja apabila memakai cermin mata yang dinamakan IRIS. Ejen Ali The Movie ini pula merupakan kesinambungan Ejen Ali musim 1 dan musim 2. Jika anda mengikuti siri Ejen Ali, filem ini akan menjawab misteri yang belum terjawab selama ini. Siapa mak Ali? nak tahu? mari tonton Ejen Ali The Movie di pawagam! Jangan keluar awal, ada 2 babak rahsia.
Ouh ya! penggemar hindustan juga patut tengok filem ini. Kereta terbang menunjukkan kita dah hampir memasuki tahun 2020.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kita sewajarnya menyokong animasi tempatan.
Kalau bukan kita siapa lagi? takkanlah tengok Frozen 2 filem luar negara tetapi Ejen Ali The Movie filem tempatan tak tengok. #SupportLocal #EATM
P/s: Percayalah, kalau dah tengok sekali confirm nk repeat lagi.
0 Ulasan