Ejen Ali The Movie Tidak Tayang di Labuan. Peminat Kecewa

LABUAN: 2 animasi Malaysia yang telah ditayangkan tahun ini iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (21 Mac) dan Boboiboy The Movie 2 ( 8 Ogos) lalu telah mendapat sambutan hangat apabila masing-masing telah berjaya mengutip RM 26.19 juta dan 29.60 juta.  Tidak cukup dengan itu, Ejen Ali The Movie bakal melengkapkan lagi 'tahun animasi Malaysia' tahun ini apabila filem ini akan ditayangkan di 160 pawagam seluruh Malaysia pada cuti sekolah bermula 28 November (esok). Seperti 2 filem animasi yang lain, animasi ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan kanak-kanak malah kepada remaja, dewasa dan sesuai untuk seisi keluarga.
    Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kita sewajarnya perlu menyokong karya animasi tempatan yang telah terbukti semakin berkualiti dan memberikan nilai-nilai yang baik kepada penontotn. Namun demikian, sama seperti nasib Upin Ipin: KST yang lalu, terdapat peminat animasi Ejen Ali yang kecewa kerana pawagam di kawasan mereka tidak menayangkan filem tersebut esok. Kekecewaan tersebut dapat diliihat melalui ruangan komen halaman Facebook satu-satunya pawagam di Wilayah Persekutuan Labuan.

   Ramai juga yang marah dan berharap supaya filem animasi Ejen Ali The Movie ini ditayangkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
 Persoalannya, kenapa satu-satunya pawagam di Labuan ini tidak menayangkan Ejen Ali The Movie?

KEMAS KINI: Akhirnya, Ejen Ali The Movie ditayangkan di Labuan! Terima kasih kepada pihak yang berusaha bantu membawa filem ini ke Labuan.

P/s: Terpaksalah orang W.P Labuan ke Kota Kinabalu ye. Tapi, haraplah pihak pengurusan pawagam ni fikir semula dan tayangkan Ejen Ali The Movie.
#BMF #SupportLocal  #EATM

0 Ulasan

Taip di atas...