Karnival Sukan Laut Tradisional Patau-Patau 1 Berlangsung Meriah

LABUAN: Karnival Sukan Laut Tradisional Patau-Patau 1 (KSLTPP1) yang dianjurkan oleh MPP Sub Zon 1 & MPKK Kampung Patau-Patau 1 kelmarin telah berlangsung meriah beserta suasana hari kebangsaan. Kemeriahan dapat dilihat apabila jambatan di kawasan pertandingan dipenuhi oleh pengunjung dari dalam dan luar kampung.

KSLTPP1 yang dianjurkan tersebut dimulakan dengan pertandingan memancing terbuka, pertandingan mewarna & pertandingan masakan ikan 3 rasa pada jam 7.30 pagi.
Ucapan YB Datuk Rozman
YB Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli; Ahli Parlimen Labuan dan Encik Simsudin bin Haji Sidek; Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan yang diiringi oleh Encik S Roslee bin Matusin; Ketua Kampung Patau-Patau 1 tiba di Balai Raya Kg Patau-Patau 1 pada jam 9.30 pagi bagi merasmikan KSLTPP1.
Sukan air tradisional kampung ini sebenarnya unik. Sesuatu yang berpotensi untuk dijadikan satu program tahunan yang boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan Labuan. -Rozman
 Turut hadir Pengarah Bahagian Sosio-ekonomi Perbadanan Labuan, Naib Pengerusi MPP Sub Zon 1 dan ketua-ketua kampung di Labuan. 

Keputusan pertandingan lumba perahu yang merupakan tarikan utama karnival ini mecatatkan tuan rumah sebagai juara manakala di tempat kedua dimenangi oleh Kampung Bebuloh laut dan tempat ketiga pasukan tuan rumah. Pasukan dari 2 kampung lain turut meberikan saingan iaitu Kampung Rancha-Rancha Laut dan Kampung Patau-Patau 2.

Pertandingan lain yang turut dianjurkan ialah lumba feri, batang licin, swafoto dan cabutan bertuah serta pameran IKS penduduk kampung.

Program ini juga telah berjaya mengangkat tradisi Melayu Brunei di Labuan khususnya sukan laut sekali gus merapatkan hubungan silaturahim penduduk kampung.

Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Pengunjung dari dalam dan luar kampung

Lumba Perahu
Lumba Feri
Ambat Bantal
Batang licin





0 Ulasan

Taip di atas...