[Viral] : Lelaki Ini Tawar Diri Bayar Ganti Rugi

Berikutan video yang viral baru-baru ini, Danial Abdullah Tan, atau lebih dikenali sebagai Abang Botak dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun oleh Mahkamah Petaling Jaya. Ini bermaksud, Danial akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bertiraikan besi.

Justeru, Hal ini menarik perhatian seorang pengguna Facebook lalu menawarkan diri untuk membayar ganti rugi iaitu cermin depan pemandu Perodua Alza, Siew Chan Voon.

Individu yang dikenali sebagai Fadzli itu menjelaskan bahawa Danial memang bersalah, tetapi Danial juga mempunyai keluarga , lebih-lebih lagi dengan Bulan Syawal yang hampir tiba. Selain itu, menurutnya, ini merupakan kesalahan pertama Danial dan sesiapa yang membawa motorsikal pasti memahami situasi ini.

Tindakan ini sewajarnya dicontohi oleh warga netizen sama ada berada dalam dunia maya atau dunia realiti. Kecaman dan hinaan tidak akan membawa kepada apa-apa penyelesaian. Sebaliknya, sikap pemurah dan memahami akan membawa kepada solusi yang berpanjangan. Sama-samalah kita memperbaiki diri seiring dengan pembangunan yang semakin mapan.

Sumber : Mohd Fadzli Ramli


0 Ulasan

Taip di atas...