[UCL2019] : Liverpool Juara UEFA Champions League

MADRID, 2 JUN 2019: Liverpool sah menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah  selepas menundukkan Tottenham Hotspur FC di Pentas Akhir Liga Juara-juara Eropah sebentar tadi dengan skor LIV 2 - TOT 0.


Gol kemenangan dijaringkan oleh Mohamad Salah seawal minit ke-2 dengan sepakan penalti selepas bola terkena tangan salah seorang pemain Tottenham Hotspur. Manakala, Divock Origi membalas kepercayaan Jurgen Klopp selepas menjaringkan gol pada minit ke-87 melalui sepakan kencang yang menewaskan penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris.

Kemenangan ini merupakan kemenangan ke-6 buat Liverpool FC selepas 14 tahun menunggu menjulang piala tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Liverpool dan kepada Tottenham Hotspur, tahniah kerana telah memberi saingan yang sengit kepada Liverpool dengan penguasaan bola yang amat memberangsangkan. 

Kalah menang, adat pertandingan.


You'll never walk alone.


sumber gambar : @liverpoolfc

0 Ulasan

Taip di atas...