[ UCL 2019 ] : Liverpool Atau Tottenham Hotspur

MADRID : Setelah berhempas pulas melalui peringkat saingan , akhirnya hanya tinggal dua pasukan sahaja yang bakal berentap merebut piala juara-juara UEFA. Pasukan tersebut adalah Liverpool FC dan Tottenham Hotspur FC.

Yang menariknya, kedua-dua pasukan adalah daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kedua-duanya mara menerusi Comeback yang sangat luarbiasa. Persoalannya kini adalah, siapakah yang akan menjadi Kelab Terunggul dan menjuarai Liga Juara-juara UEFA.

Segala persoalan akan terungkai apabila wisel permainan ditiupkan tepat jam 3.00 pagi ini di Stadium Wanda Metropolitan, Madrid. Perlawanan boleh ditonton melalui Saluran Bein Sports HD, atau siaran langsung menerusi Astro Go dan saluran-saluran lain yang terpilih.

Semoga berjaya kepada kedua-dua pasukan.


May the best team win.

0 Ulasan

Taip di atas...