[Sukan] : "Openhouse" Harimau Malaya Berlangsung Meriah
BUKIT JALIL : Skuad kendalian Tan Cheng Hoe makan besar selepas berjaya menundukkan Skuad Timor-Leste dengan keputusan 7-1 pada perlawanan yang bermula pada jam 8.45 malam tadi.
Perlawanan yang berformat timbal balik ini menyaksikan Malaysia mempunyai kelebihan 6 jaringan di hadapan Pasukan Timor-Leste.
Kedudukan ini dilihat selesa sekiranya Harimau Malaya tidak leka sebaliknya mengekalkan momentum permainan di perlawanan seterusnya yang akan turut diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apapun, Prestasi permainan yang ditunjukkan anak-anak buah TCH harus diberikan pujian dengan serangan demi serangan diatur terutama sekali dari bahagian sayap dan tengah pasukan itu.
Selamanya Harimau Malaya,
Selamat Hari Raya.
Sumber gambar : Www.fam.org.my
0 Ulasan