LABUAN: Mayat Dijumpai Terdampar
LABUAN: Satu mayat manusia dijumpai terdampar di tebing laut kawasan belakang Yard 36 Asian Supply Base, petang semalam (6 Jun).
Mayat tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira 5.50 petang lalu membuat laporan polis. -Menurut Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani,
Jantina mayat tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan fizikal tidak sempurna yang mana hanya menjumpai kedua belah tangan dan kaki, tengkorak, manakala badan daripada paras abdomen hingga ke bawah telah tiada.
Mayat tanpa sebarang pakaian itu dipercayai berada di laut lebih kurang 3 hingga 4 minggu dan hanyut terdampar kerana keadaan mayat tidak berulat dan tidak berbau serta dipenuhi dengan air laut.
Mayat dibawa ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat.
Rujukan: Bes Labuan (FB)
0 Ulasan