RASMI: Malaysia Sah Diambil Alih Oleh Pakatan Harapan & Kerajaan Malaysia Yang Baharu Bakal Dibentuk Hari Ini
Akhirnya Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun tumbang selepas Pakatan Harapan mendominasi kerusi Parlimen Malaysia dengan mendapat majoriti 121 kerusi parlimen.
Perkara ini diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebentar tadi di Menara SPR, Putrajaya.
Berdasarkan kemenangan yang diperoleh Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan di mana berdasarkan keputusan sebelum ini Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas meneraju jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dari 1981 hingga 2003.
Negeri Pulau Pinang dan Selangor juga berjaya dikekalkan oleh HARAPAN selain berjaya menawan beberapa negeri iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah (parti Warisan) dan kubu kuat Barisan Nasional iaitu Johor.
Parti Islam Semalaysia, PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dan berjaya menawan negeri Terengganu.
Keputusan Parlimen:
HARAPAN (104), BN (79), PAS (18), Bebas (3), Warisan (8), DAP (9), Parti Solidariti Tanah Airku(2)
Keputusan semasa beberapa negeri:
1. Pahang: BN menang 22, PAS (8), PKR (5) dan Bebas (0)
2. Perlis: BN menang 10 kerusi, PAS (2), PKR (3) dan Bebas (0)
3. Melaka: HARAPAN menang 15, BN (10), PAS (0)
4. Kedah: HARAPAN menang 18, BN (3), PAS (15)
5. Selangor: HARAPAN menang 29, BN (3), PAS (0)
6. Kelantan: PAS menang 28, BN (7), HARAPAN (0)
7. Johor: HARAPAN menang 29, BN (16), PAS (1)
8. Perak: HARAPAN Menang 29, BN (27), PAS (3)
9. Sabah: HARAPAN menang, 30, BN 29, Parti Solidariti Tanah Airku (2)
*Harapan : Warisan (21), PKR (2), DAP (6)
10. Negeri Sembilan: HARAPAN menang 20, BN (16), PAS (0)
11. Pulau Pinang: HARAPAN menang 25, BN (2), PAS (1)
12. Terengganu: PAS menang 18, BN (8), HARAPAN (0)
13. Sarawak: BN
Sumber: Siakap Keli
0 Ulasan