Resipi Mashed Potatoes Creamy. Lebih Sedap Dari KF"si"


  Selalu kalau nak makan potato mash ni mesti pergi beli kat restoran KF"si" kan? Puas makan ke tak? haha.. Sebenarnya lebih baik buat sendiri jimat dan puas hati!

Bahan-bahan (mashed potatoes):
- 3 biji ubi kentang (dipotong kiub)
- 2 sudu besar mentega
- 1/2 cawan susu segar
- Garam

Bahan-bahan (sos):
- 2 sudu besar mentega
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang kuning
- 1 cawan stok daging
- Tepung jagung (dibancuh dengan air)
- Garam
- Lada hitam

Cara-cara:
1. Rebus ubi kentang hingga lembut.
2. Lenyekkan ubi dengan mentega, susu segar, dan garam.
3. Untuk membuat sosnya, cairkan mentega.
4. Tumis bawang putih dan bawang kuning.
5. Masukkan stok daging dan biar mendidih.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat..
7. Blend sos hingga halus, jika mahu.
8. Masukkan lada hitam dan garam, dan hidang bersama ubi.

SELAMAT MENCUBA! Komen resipi apa yang korang nak Malaysia Duniaku post lepas ni. :) Like jugak page FB kami ye. setiap hari Malaysia DuniaKu akan post satu artikel resipi.

Sumber: SAYS

0 Ulasan

Taip di atas...