Resipi Kuih Onde-Onde Gula Melaka Mudah & Sedap!


   Kuih Onde-Onde atau Kuih Buah Melaka ini selaku kita jumpa kat bazaar Ramadan. Kuih ini berintikan gula melaka dan diluarnya ada kelapa parut. Nak buat kuih ni tak lah sukar dan tak memerlukan banya bahan tapi tetap Sedap dimakan begitu saja!! Haha.

Okay berikut merupakan resipi lengkap. video kat akhir artikel ni :)

Bahan-bahannya:
2 cawna tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 biji Gula melaka yg saiz kecik
1 cwn air (air secukupnya)
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan
Serbuk pewarna yg dibenarkan


Cara penyediaan

1) Gula melaka dipotong kiub kecil2.
2) Gaulkan kelapa kering dgn sedikit garam sehingga rata.. ketepikan..
3) Satu kan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan sedikit pewarna hijau dlm satu bekas.
4) Bancuh tepung dengan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati sehingga boleh digentel dan tidak melekat di tangan..
5) Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
6) Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
7) Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
8) Angkat kuih yg dah timbul dipermukaan air dan toskan di dalam tapis.
9) Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.



Sedia untuk dihidangkan.


TIP:
1) Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat.
2) Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
3) Boleh juga nak guna pewarna lain2.
3) Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, Supaya baunya lebih menyelerakan


SELAMAT MENCUBA!!! Komen, Share, Follow!

Sumber: Ceritera Ibu

0 Ulasan

Taip di atas...