Penipuan Beli Duit Lama Dari Luar Negara (Scammer)
Assalamualaikum & Salam sejahtera
Zaman teknologi sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Antaranya penipuan untuk mendapatkan duit. Admin baru je petang tadi di teks oleh pengguna FB yang tk dikenali ingin membeli duit lama dengan harga RM100K. Nasib baiklah admin tak tertipu. Dia pulak yang tertipu oleh admin.. haha.. Bukan berlaku kat FB je...Penipuan ni boleh berlaku kat Telegaram,Whatsapp, WeChat dan lain-lain media sosial. BAHAYA BUKAN?
Okay.. Kalau nak tahu bagaimana penipu (Scammer) tu menipu... baca kat bawah ni.
1. Membuat tawaran harga yang tinggi untuk koleksi duit lama. Kebiasaannya 10 kali ganda daripada harga yang anda tawarkan di Mudah.my. Alasan mereka duit lama itu akan dijual kepada muzium, collector atau bank dunia untuk mendapatkan harga yang lebih mahal dan sebagainya.
2. Apabila anda bersetuju, mereka akan meminta no akaun anda dan kemudiannya akan berjanji untuk membayar menggunakan bank transfer atau Telegraphic Transfer kepada anda.
3. 1 atau 2 hari kemudian, mereka akan menghubungi anda mengatakan ada masalah dengan pemindahan wang yang dijalankan. Alasan utama biasanya pihak berkuasa menahan wang yang di pindahkan ke akaun anda. Anda juga mungkin akan mendapat email yang mengatakan duit telah dihantar kepada anda tetapi anda perlu membayar sejumlah wang (bayaran atau fee) untuk melepaskan duit itu ke akaun anda.
4. Tidak lama kemudian, ada rakan mereka dari Malaysia yang akan menghubungi anda menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, Polis, Kastam atau apa sahaja pihak berkuasa yang berkaitan. Mereka menghubungi anda kerana anda dikatakan telah membuat kesalahan berkaitan dengan penerimaan wang tersebut. Kemungkinan juga mereka memberitahu, akaun bank anda akan dibekukan kerana wang tersebut adalah duit dari pengganas dan sebaginya. Ada kemungkinan juga pegawai bank (palsu) akan menghubungi anda.
5. Orang yang menyamar ini kemudiannya akan mengatakan mereka boleh membantu anda mendapatkan wang dari hasil pembelian tersebut tetapi anda perlu membayar sedikit "wang pampasan" kepada mereka.
6. Apabila anda sudah mula membayar ke akaun mereka, maka bermulalah episod "wang pampasan" yang tak pernah cukup. Pembeli dan juga orang yang menyamar akan senantiasa memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan mereka mendapat wang dari anda.
Modus Operandi yang mereka gunakan mungkin sedikit berbeza daripada apa yang kami kongsikan di atas tetapi jika anda menggunakan lojik akal, anda tahu mereka bertujuan untuk menipu.
Jika anda dihubungi oleh scammer dari luar negara ini, apakah yang anda perlu lakukan? Wang anda pasti selamat jika anda menerapkan konsep 4J ketika berhadapan dengan scammer-scammer ini.
Nombor telefon yang mereka gunakan biasanya bermula dengan +234 (Contoh +234 815 655 9228), nombor tersebut daripada Nigeria. Namun, pada masa sekarang ini, mereka menggunakan pelbagai nombor luar negara; Mauritius (+230), Maldives (+960), UK (+44). Mereka mempunyai rangkaian diluar negara, jadi janganlah dengan mudah percaya jika ada pembeli dari luar negara ingin membeli duit lama anda.
Semoga bermanfaat. INGAT jangan sampai tamak menguasai diri 🙂 kalau tak buruk padahnya.. selamatkan saudara-saudara kita yang lain dengan SHARE artikel ni... komen juga pengelaman anda di ruang komen.
Rujukan: MalaysianCoin
1 Ulasan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam