Naruto: Haruno Sakura



Oleh:
056-Luqman/Uchiha Shisumi (Akatsuki)

HARUNO SAKURA

Haruno Sakura adalah anak tunggal kepada pasangan Haruno Kizashi dan Haruno Mebuki. Sakura adalah seorang kunoichi (ninja wanita) dalam Kumpulan 7 bersama Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke di bawah bimbingan Hatake Kakashi. Dia sangat menyukai Sasuke sehingga dia sangat  gembira ketika mengetahui bahawa dia dan Sasuke bersama dalam Kumpulan 7, namun dia sangat tidak menyangka bahawa Naruto juga bersama mereka dalam kumpulan tersebut. Ini kerana dia tidak suka akan Naruto yang betul-betul menyukai dirinya. Setelah Sasuke pergi meninggalkan Konoha, Sakura mula berusaha menjadi ninja yang hebat. Dia berguru kepada Tsunade dan akhirnya menjadi seorang ninja medis yang hebat.

[NARUTO🌀|NARUCOM]

0 Ulasan

Taip di atas...