Kg. Bebuloh WP Labuan Pula Dilanda Ribut?

LABUAN: Angin kencang yang melanda Labuan dari malam Ahad hingga awal pagi Isnin lepas telah menyebabkan bumbung rumah diterbangkan ribut yang membawa kepada kerosakkan rumah dan menumbangkan pokok.

Mengikut laporan, sekurang-kurang bumbung dua buah rumah di Kampung Bebuloh di sini diterbangkan angin kencang serta mengalami kerosakan teruk.

Ketua Pejabat Perkhidmatan Masyarakat Kawasan Parlimen Labuan, Basran Yunus, bila temui berkata tiada kehilangang nyawa dilaporkan.

“Kami telah menerima laporan jumlah rumah yang terjejas,” katanya dalam laporan media portal.

“Kami juga telah menentukan bantuan bersesuaian untuk mereka termasuk bahan bagi membaiki rumah masing-masing yang akan diserahkan pada kadar segera.”

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan pula dilaporkan menerima beberapa panggilan berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa batang jalan.

Dalam bulan lepas juga perkara sama telah berlaku di kampung Patau-Patau 1 yang turut membawa kepada kerosakan rumah.

Baca juga: [Angin Kencang Landa Kampung Patau-Patau 1, Labuan]

0 Ulasan

Taip di atas...