SUBUH ESOK:Gerhana Bulan Separa 8 Ogos 2017 (Malaysia)


Fenomena Gerhana Bulan Separa bakal berlaku di Malaysia pada malam ini sehingga pagi hari Selasa, 8 Ogos 2017. Bulan akan memasuki fasa separa gerhana bermula dari jam 01:22 pagi sehingga jam 03:18 pagi pada 8 Ogos 2017.


Fenomena tersebut boleh disaksikan oleh orang ramai dari mana-mana lokasi di seluruh negara.  Bagi semua pemerhati di Malaysia, tidak kira di mana sahaja mereka berada samada mereka di Langkawi, Kuala Lumpur mahupun di Kuching dan Kota Kinabalu, waktu kenampakan Gerhana Bulan Separa adalah sama di mana-mana sahaja seperti yang ditunjukkan di dalam rajah fasa gerhana di bawah.


Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut adalah amat bergantung kepada keadaan sebenar cuaca setempat.

Sumber: www.planetariumnegara.gov.my



0 Ulasan

Taip di atas...