Misi Pingat Emas Ke-111 Tercapai! Tahniah Buat Jaguh Basikal Trek Azizulhasni Awang


Pingat emas ke-111 Malaysia telah tercapai menerusi acara pecut individu lelaki di Velodrom Nasional di Nilai oleh Azizulhasni Awang, jaguh basikal trek negara.

Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah berjaya ditewaskan oleh pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu di peringkat akhir.

Pingat emas ke-110 juga disumbang oleh seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Fatehah Mustapa menerusi acara pecut individu wanita.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet Malaysia atas kejayaan ini.

Sumber: Terengganu Times

0 Ulasan

Taip di atas...