Meliwat Anak 600 kali, Lelaki Mungkin Dipenjara 3000 Tahun
Ini mungkin salah satu kes terburuk yang berlaku pada tahun ini di Malaysia.
Pada hari ini, seorang lelaki dari Shah Alam dikatakan akan berdepan tuduhan meliwat anak perempuannya sebanyak 600 kali. Dikatakan bahawa lelaki tersebut telah melakukan jenayah tersebut bermula dua tahun lalu dan telah direman sejak 26 Julai. Menurut laporan, dia dikatakan telah merogol dan meliwat anaknya sejak berpisah dengan isterinya selepas gadis itu jatuh dalam jagaannya sementara dua lagi adiknya dijaga oleh si isteri.
Apabila gadis itu mendapat tahu bahawa ayahnya ingin mendapatkan hak jagaan adik-adiknya, dia mengambil keputusan untuk memaklumkan apa yang berlaku kepada ibunya.
Bagi hukuman liwat, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara lapan tahun serta sebatan. Perogol pula boleh menghadapi sehingga lapan tahun penjara dan 10 kali sebatan.
Kesalahan lelaki tersebut boleh menyebabkannya menghadapi 3000 tahun dalam penjara dan 599 kali sebatan untuk tuduhan merogol dan meliwat.
Tetapi, hukuman tersebut masih belum mengambil kira penderaan dan gangguan seksual yang dilakukannya.
Suspek akan didakwa esok atas 599 kali perbuatan meliwat dan satu kiraan untuk merogol bawah Seksyen 376A bagi Kod Penal untuk rogol.
Jika didapati bersalah, diharapkan suspek akan melingkup dalam penjara. Seumur hidup.
Sumber: World of Buzz
0 Ulasan