Erick Thohir & Imam Nahrawi Sesal Atas Kecuaian Malaysia, MASOC Bertindak Memohon Maaf
Ketua umum Komite Olimpiade Indonesia (KOI), Erick Thohir sesal akan kesilapan gambar bendera Indonesia yang terbalik dalam buku panduan SEA Games XXIX/2017 Kuala Lumpur, Malaysia.
Dalam buku cenderamata yang diedarkan kepada tetamu undangan termasuk Imam Nahrawi ketika upacara pembukaan pesta olahraga bangsa Asia Tenggara di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu (19/8/2017) malam. Jelas kelihatan kecuaian panitia pelaksanaan SEA Games 2017 pada halaman 80 dalam buku tersebut bendera merah putih Indonesia tercetak secara terbalik menjadi putih merah.
Posisi itu bersebelahan dengan bendera Malaysia. Di bawah bendera Indonesia terpampar jelas tahun ketika Indonesia menjadi tuan rumah SEA Games iaitu 1979, 1987, 1997 dan 2011.
Kesalahan mencetak bendera hanya terjadi pada Indonesia. Sementara itu, bendera 10 negara peserta SEA Games lain dicetak dengan betul.
"Kami akan menyampaikan nota protes dan keberatan kepada Tunku Imran dan Beng Chop Low tentang hal ini, sekaligus meminta buku tersebut ditarik semula peredaran serta diganti dengan cetakan bendera Merah Putih yang benar," tegas Erick.
Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) memohon maaf kepada rakyat Indonesia berhubung kesilapan cetakan bendera negara itu. MASOC dalam kenyataan akhbar malam tadi berkata kesilapan itu adalah tidak disengajakan.
"Kami ingin memohon maaf kepada rakyat Indonesia di atas kesilapan yang tidak disengajakan dalam mencetak bendera Indonesia dalam buku cenderamata tersebut."
"Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya Imam Nahrawi pada hari esok untuk sekali lagi memohon maaf bagi pihak MASOC."
MASOC juga berkata kesilapan itu amat dikesali dan percaya hubungan erat di antara dua negara akan lebih diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA. Diharapkan kesilapan seperti ini tidak akan diulangi lagi pada masa akan datang.
0 Ulasan