Kemalangan 2 Buah Bas Membawa Atlet Sukan SEA


Seramai 28 atlet skuasy Sukan SEA terbabit dalam kemalangan berdekatan Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Lebuhraya Kesas, 7.30 pagi Isnin 21 Ogos 2017.

Kejadian itu membabitkan atlet Thailand (13 orang), Myanmar (10 orang) dan Filipina (5 orang) yang dalam perjalanan dari Hotel Marriott Putrajaya menghala ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang berada di hadapan telah brek secara mengejut untuk mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba masuk mengejut di hadapan bas tersebut.

Bas kedua tidak mempunyai masa untuk brek dan telah melanggar bas di hadapannya.

Bagaimanapun, kesemua atlet selamat ke tempat tujuan dengan menggunakan bas ganti.

Sementara itu, berdasarkan laporan portal Harian Metro, beberapa pemain cedera akibat kemalangan menerima rawatan di Institut Sukan Negara dan pertandingan skuasy ditangguhkan buat sementara. – Harian Metro

Diharapkan agar semua pemain sembuh dengan cepat.

Sumber:
- gempak.org
- Sinar Harian
- Harian Metro

0 Ulasan

Taip di atas...