Datuk Lee Chong Wei Tewas, Kata-Kata Semangat Daripada Rakyat Malaysia Buat Wira Malaysia Kita
Pemain badminton Jaguh, Datuk Lee Chong Wei (LCW) kelmarin tersingkir daripada badminton dunia apabila kalah pada pusingan pertama ketika menentang pemain Perancis, Brice Leverdes dengan mata 19-21, 24-22, dan 17-21.
Ianya satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan buat negara tetapi yang paling berasa sedih tentunya LCW sendiri.
Malah, jaguh dunia itu juga menyampaikan kekecewaannya menerusi laman Twitternya sebentar tadi.
LCW: “Hari ini saya tidak berjaya bermain terbaik saya Maaf untuk membiarkan anda turun Maaf ..” (Hari ini saya tidak berjaya bermain dengan sebaik mungkin. Maaf kerana mengecewakan anda. Maaf Malaysia).
Tweet LCW itu menerima puluhan balasan daripada pengguna laman sosialnya yang rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Chris: “Tak perlu meminta maaf selepas banyak tahun menjadi yang terbaik dalam badminton untuk rakyat Malaysia Kalah atau menang, kami sayangkan anda."
Malah, seorang peminat LCW dari Indonesia turut memberi semangat.
Debi Irawan: “Biarpun saya rakyat Indonesia, tetapi saya fikir tidak ada alasan untuk anda meminta maaf. Anda seorang legenda, kekalahan ini tidak akan mengubah fakta itu”.
Bukan setakat itu sahaja, Perdana Menteri juga memberi kata-kata semangat kepada LCW.
Mohd Najib Tun Razak: “You'll will always be our hero @LeeChongWei."
Kepada LCW, anda tetap wira kami biar apa pun berlaku. Nama anda sudah terpahat di hati kami sebagai seorang juara dan ia akan sentiasa kekal disitu.
Sumber: - gempak.org
- INFO Badminton Sedunia
0 Ulasan