Berkenalan di Wechat, Gadis Remaja Mangsa Pemuas Nafsu Sekumpulan Lelaki

Gambar hiasan 

Semakin lama, semakin banyak kes rogol yang dilaporkan dan apa yang menakutkan, pelakunya juga tidak mengira usia. Baru-baru ini, satu kes rogol telah berjaya menjadi tajuk utama di dada akhbar negara kita.

Sumber: Google

Kali ini, mangsa berumur 15 tahun telah menjadi pemuas nafsu jahanam sekumpulan lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi Wechat. Peristiwa ini telah berlaku pada 14 Jun sekitar jam 3.00 petang di sebuah rumah terbiar di Menggatal,  Sabah. Mangsa tersebut hanya membuat laporan pada 26 Jun.

Gadis tersebut mendakwa dirogol oleh lelaki berumur antara 13-18 tahun selepas bertemu dengan mereka pada hari tersebut. Penolong Ketua Polis Kota Kinabalu, Komande M. Chandra mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan dan 5 orang telah ditangkap dan akan direman sehingga 3 Ogos.

Sumber: The Star

Menurut mangsa, remaja-remaja lelaki tersebut mengajaknya untuk ke rumah terbiar tersebut dan telah dipaksa untuk mengikut mereka. Setibanya mereka di rumah tersebut gadis itu dipaksa untuk berbaring sebelum diambil kesempatan secara bergilir. 

Sumber: The Star

Sebab gadis tersebut membuat laporan polis lewat daripada tarikh kejadian tidak diberitahu. Namun, siasatan berkaitan kes itu masih lagi berjalan. 

Diharapkan perogol diberikan hukuman yang setimpal atas perbuatan terkutuk mereka. Para gadis juga mesti beringat untuk tidak midah bertemu dengan orang yang tidak dikenali dan sentiasa membawa peneman bagi keselamatan diri. 

Sumber: World of Buzz

0 Ulasan

Taip di atas...