4 September Cuti Umum Kejayaan Sukan Sea
Berdasarkan pengumuman rasmi semalam oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Isnin 4 September 2017 diumumkan sebagai Cuti Peristiwa sempena kejayaan Malaysia menjulang 145 Pingat Emas dalam acara Sukan SEA 2017. Tahniah diucapkan sekali lagi dan selamat bercuti.
Dengan kejayaan besar Malaysia dalam sukan SEA 2017, cuti peristiwa yang telah diumumkan oleh PM Malaysia Najib Razak adalah amat bermakna buat rakyat Malaysia. Ini bermakna rakyat akan bercuti dari hari Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin sempena kejayaan besar serta bersejarah di temasya KL2017
Sumber: Melvister
0 Ulasan