Mayat Beku,Suami Isteri Dijumpai Selepas 75 Tahun Di Pergunungan Alps

Mayat beku milik sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang 75 tahun lalu telah ditemui setelah glasier di Alps di Switzerland merekah.

Marcelin dan Francine, ibu bapa kepada 7 orang anak yang telah dikatakan telah pergi memberi makan lembu milik mereka di sebuah padang di Chandolin di Valais sebelum hilang pada 15 Ogos 1942.

Marcelin berkerja sebagai tukang kasut pada 40 tahun pada ketika itu. Francine bekerja sebagai seorang guru pada 37 tahun pada ketika itu.

Polis Valais memberi tahu bahawa dua mayat bersama dengan kertas pengenalan ditemui 13 Julai lalu pada ketinggian 2,615 meter oleh pekerja resort ski Les Diablerets di glasier Tsanfleuron berhampiran resort itu.

Sementara itu, pengarah syarikat kereta kabel Glacier 3000, Bernhard Tschannenberkata, mayat pasangan suami isteri ini ditemui baring bersebelahan.

Mayat suami isteri itu berpakaian zaman Perang Dunia Kedua dan dipelihara sempurna di glasier dan ditemui bersama beg galas, botol, buku dan jam tangan.

“ Ada kemungkinan mereka terjatuh ke dalam celah dan kekal disitu sehingga hari ini. Glasier yang semakin menyusut telah mendedahkan mayat mereka,”ujarnya kepada akhbar Tribune de Geneve.

Ketika ditemui, sebahagian mayat itu tenggelam di dalam lubang dalam ais. Ujian DNA dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mayat tersebut.

Sementara itu, anak perempuan bongsu pasangan itu, Marceline Udry-Dumoulin,79 memberitahu bahawa penemuan itu telah membawa ketenangan kepadanya.

“Sepanjang hidup kami mencari mereka tanpa henti dengan harapan dapat memberi pengebumian yang sewajarnya kepada mereka suatu hari nanti” ujarnya kepada akhbar Le Matin.

“Ia merupakan kali pertama ibu mengikuti ayah untuk kerja itu kerana sebelum ini, dia sentiasa hamil dan keadaannya menyukarkan dia untuk memanjat glasier.

“Setelah mereka hilang, saya dan adik beradik dipisahkan dan dijaga oleh keluarga yang berlainan. Saya bernasib baik kerana dapat tinggan dengan ibu saudara.

“Walaupun kami adik beradik tinggal di kawasan yang sama, kami terputus hubungan,” katanya.

Pasangan Marcelin dan Francine merupakan antara 280 individu yang dilaporkan hilang di Alps atau sungai Valais sejak 1925.

Ketua perubatan forensic bagi kawasan itu, Bettina Schrag memberitahu stesen radio Switzerland, RTS bahawa dengan rekahan dan penyusutan glasier dari semasa ke semasa, mereka menjangkakan lebih banyak penemuan lain akan terjadi.

Sumber: SIAKAP KELI

0 Ulasan

Taip di atas...