Jangan Pergi Sasuke! (Bahagian 3) - Cerpen Naruto FanFic
Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan adaptasi daripada cerita Naruto yang sebenar. Terdapat juga karakter NaruCom dalam cerita ini.
[SERTAI KUMPULAN WHATSAPP KAMI]
[BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL]

“GAY!!!!!!!!” jerit Sakura lalu menumbuk kepala Sasuke dan Naruto. Rupa-rupanya Sakura mengekori mereka berdua dari belakang. Akhirnya mereka bertiga kembali semula ke Kampung Konoha.
[BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL]
![]() |
Jangan Pergi Sasuke! - Yusrie MD. |
Naruto bersiar-siar sambil ditangannya menghasilkan Rasengan. Rasengan itu dijadikannya seperti bola lantun. Ada saja permainan Naruto. Lagi-lagi Naruto baru sahaja pandai menghasilkan Rasengan yang diajar oleh Jiraiya. Di sebuah kedai makan kelihatan Ino, Sakura dan Choji menikmati makan malam. Sambil Naruto berjalan kelihatan Sasuke. Naruto terus menuju kearah Sasuke untuk menunjukkan Rasengannya kepada Sasuke. Namun perbuatan itu menimbulkan perasaan marah kepada Sasuke. Sasuke mengabaikan Naruto. Naruto juga membiarkan Sasuke berlalu pergi.
Malam semakin pekat. Naruto balik kerumahnya lalu tidur. Sasuke juga balik kerumahnya. Tanpa disangka, gigitan di leher Sasuke tiba-tiba sahaja sakit sehingga menyebabkan Sasuke rebah ke lantai kayu rumahnya. Bermain lagi di benak fikiran Sasuke akan kata-kata Orochimaru yang menyamar sebagai seorang perempuan tempoh hari yang mengarahkan Sasuke supaya keluar daripada kampung. Sasuke cuba berdiri, dia memasukkan pakaiannya kedalam beg galasnya. Ia cuba melarikan diri dari kampung. Ini demi membalas dendam kepada abangnya yang telah menghapuskan puak Uchiha.

Tekejut. Naruto tiba-tiba terjaga kerana tidurnya terganggu dengan mimpi bahawa Sasuke akan melarikan diri dari kampung. Naruto keluar dari rumahnya dan berlari kerumah Sasuke. Namun Sasuke sudah tidak ada dirumahnya. “Benarkah Sasuke melarikan diri?” soalan yang bermain difikiran Naruto. Naruto berlari menuju ke gerbang utama Konoha. Sambil dia berlari, kelihatan Ino, Sakura dan Choji masih lagi lepak digerai makan. Tiba saja di gerbang kampung, kelihatan Sasuke berdiri dan melangkah keluar dari kampung. Naruto menjerit “Sasuke!”. Sasuke memandang ke belakang dengan matanya yang merah. Merah? Ya ternyata itulah Sharingan yang dimiliki oleh puak Uchiha. Sasuke terus berlari keluar kampung. Naruto juga mengejarnya dari belakang sambil menjerit “Berhenti, jangan pergi Sasuke!!”.
Tiba-tiba Sasuke memberhentikan langkahnya. Naruto cuba mendekati Sasuke dari belakang. Tanpa disangka Sasuke menyerang Naruto dengan menendang Naruto sehingga Naruto duduk tersandar di bawah pokok. Sasuke melangkahkan kakinya menuju ke arah Naruto. Naruto membisu melihat Sasuke yang berdiri dekat didepannya. Berlatar belakangkan bulan purnama yang terang menyebabkan muka Sasuke tidak kelihatan dan hanya mata Sharingannya sahaja yang kelihatan. Ketika itu tiada sesiapapun di sana. Hanya mereka berdua. Sasuke merendahkan badannya dan mendekatkan wajah kacaknya ke wajah Naruto sehingga nafas hembusan Sasuke dapat dirasai Naruto. Hidung mereka berdua hampir bersentuhan. Naruto hanya terdiam melihat perbuatan Sasuke itu. Dengan perlahan Sasuke menyengetkan kepalanya dan menutup matanya sambil mendekati lagi kepalanya ke wajah Naruto. “Kau ingat aku nak lari ke? Tak kuasa aku nak tinggal dengan Orochimaru tu. Dah lah putih macam mayat hidup aku tengok dia tu. Lagipun kita kan sahabat” Bisik Sasuke sambil tersenyum kecil.
![]() |
takde gambar lain dah.. terpaksa guna ni jee .. |
“GAY!!!!!!!!” jerit Sakura lalu menumbuk kepala Sasuke dan Naruto. Rupa-rupanya Sakura mengekori mereka berdua dari belakang. Akhirnya mereka bertiga kembali semula ke Kampung Konoha.
-TAMAT-
P/S: Semoga terhibur.. Jangan fikir pelik-pelik ye. Ini cerita tentang sahabat sejati walaupun sentiasa bersaing dalam kehidupan seharian. IshaAllah ada sambungan untuk cerita ni. Korang komenlah sikit kat ruangan komen kat bawah
Sila Kongsi, Komen dan Langgan Malaysia DuniaKu untuk lebih banyak cerpen.
0 Ulasan