Jangan Pergi Sasuke! (Bahagian 2) - Cerpen Naruto FanFic
Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan adaptasi daripada cerita Naruto yang sebenar.
[SERTAI KUMPULAN WHATSAPP KAMI]
[BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL]
****
P/S: Ada bahagian 3 lagi tau. Bahagian 3 adalah penamat cerita ni. Jangan lupa komen :)
[Baca Bahagian 3]
Sila Share, Komen dan Subscribe Malaysia DuniaKu.
[BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL]
[Baca Bahagian 1]
![]() |
Jangan Pergi Sasuke! - Yusrie MD. |
Kembali semula Naruto ke Konoha, setelah selesai berjaya menghabiskan latihannya bersama Jiraiya sebagai persediaan untuknya menghadapi Ujian Chunin peringkat terakhir. Ia tidak sabar menunggu hari esok yang merupakan perlawan akhir itu. Sedang Naruto bersiar-siar bersama Jiraiya di Konoha, kelihatan seorang lelaki yang pernah dilihatnya pada hari pertama ia ingin menghadiri Ujian Chunin sebelum ini. Lelaki itu memasuki gerai Ichiraku Ramen. Naruto menuju ke gerai Ichiraku Ramen. Namun, secara tiba-tiba kedengaran suara Sakura berteriak dari belakang. Naruto bergegas ke arah Sakura. Rupa-rupanya, ada seekor ular berwarna ungu muda dengan bentuk kepala sedikit pelik. Namun ular tersebut lantas melarikan diri kedalam longkang. Naruto cuba kembali semua ke gerai Ichiraku Ramen. Namun lelaki berambut kuning itu sudah tidak berada di sana. Bukan sahaja lelaki itu sudah hilang dari padangan Naruto, Jiraiya juga sudah menghilangkan diri. “Manalah petapa gatal ni? Jangan-jangan layan perempuan seksi lagi” Tanya Naruto yang berserta dengan anggapannya.
Teringat akan Sakura sebentar tadi. Naruto cuba kembali mencari Sakura. Naruto bernasib baik, kerana Sakura yang menjumpai Naruto terlebih dahulu. Sakura sempat memberikan ucapan semoga berjaya kepada Naruto untuk Ujian Chunin esok. Naruto mengambil kesempatan bertanya akan keadaan Sasuke. Sakura memberikan jawapan bahawa Sakura tidak berjumpa Sasuke di kebelakangan ini.
Bermulalah perlawanan akhir Ujian Chunin. Naruto berjaya memengalahkan Nara Shikamaru. Tibanya pertarungan antara Gaara dan Uchiha Sasuke. Namun Sasuke tidak muncul tiba. Sehinggakan Sasuke akan dianggap tewas tanpa bertanding. Namun Sasuke mucul ditemani dengan Kakashi Hatake. Wajah Sasuke yang kacak membuatkan penyokong dan peminatnya bersorak sehingga menghasilkan gelombang bunyi yang sangat kuat di dalam stadium pertarungan ini. Naruto hanya berpeluk tubuh dan menggerakkan bola matanya memandang ketempat lain. “Muka je hensem, tapi sombong” ayat yang dilafaskan Naruto. Tiba-tiba kepala Naruto ditumbuk Sakura. “Ape kau kata?” Tanya Sakura. Naruto menjawab dengan muka kesakitan “Takde ape”. Nampaknya Sakura betul-betul marah kalau Crush nya di kutuk.
Tiba-tiba kedengaran letupan dari tempat duduk VIP. Di tempat itu kelihatan Hokage ketiga cuba dibunuh oleh seseorang yang berpakaian Kazekage. Namum ianya bukan Kazekage. Lelaki itu ialah Orochimaru. Pertarungan berlaku. Konoha telah diserang. Orang awam yang melihat Ujian Chunin semasa itu tertidur akibat terkena jurus yang menidurkan orang. Naruto juga sebenarnya turut tertidur namun di sedarkan Sakura. Seorang lelaki rambutnya seperti Sasuke dan bejubah putih bertali ungu dipinggangnya mengeluarkan sebilah kunai. Lalu sebilah kunai terbang menuju muka Naruto. Namun kunai itu terberhenti 1 senti meter dari hidung Naruto. Rupa-rupanya, lelaki berambut kuning yang dijumpainya tempoh hari telah menolongnya daripada terkena tikaman kunai itu. Perlawanan menjadi semakin teruk. Musuh berpusu-pusu masuk ke dalam stadium menyerang Shinobi Konoha. Kakashi juga cuba melindungi orang awam. Pertarungan semakin sengit. Kelihatan Sasuke melarikan diri. Lantas Shikamaru, Naruto dan beberapa lagi sahabatnya cuba mengejar Sasuke.
****
Hari ini hari yang baru, hari yang penuh dengan kesedihan. Sedih itu dirasai semua rakyat Konoha kerana perginya seorang Kage. Peristiwa semalam telah menyebabkan terkorbannya seorang Kage yang berjasa, seorang Kage yang genius dan seorang Kage yang cuba melindungi kampung Di Sebalik Daun ini daripada ancaman musuh. Hari ini, hari penghormatan terakhir. Bagaimana Sasuke? Sasuke berjaya dibawa pulang ke Konoha. Naruto, Sakura dan Sasuke juga turut menghadiri majlis penghormatan terakhir Hokage Ketiga iaitu Sarutobi Hiruzen.
Langit telahpun gelap. Siang telahpun digantikan malam. Di rumah Sasuke, Sasuke duduk di tepi tingkap rumahnya melihat bulan purnama yang gah dilangit malam. Ia teringat akan tragedi yang melanda puaknya sehinggakan puaknya hanya menjadi kenangan akibat peristiwa berdarah yang dilakukan abangnya sendiri. Sakit di belakang leher kirinya akibat gigitan perempuan tempoh hari membuatkan iainya teringat akan kata-kata seorang perempuan itu semasa Ujian Chunin peringkat kedua di Hutan Kematian. Perempuan itu yang sebenarnya Orochimaru mengarahkan supaya ianya pergi keluar dari Konoha. Sasuke cuba melupakan semua itu. Memandangkan malam masih muda. Sasuke keluar bersiar-siar.
Naruto pada malam itu berada di gerai Ichiraku Ramen. Naruto berbual-bual dengan lekaki yang yang membantunya daripada serangan seorang musuh semalam. Lelaki itu juga turut meperkenalkan dirinya. Namanya Namikaze Rie abang kepada Namikaze Minato ayah Naruto. Namikaze Rie sebenarnya seorang perantau dan jarak balik ke Konoha. Namikaze Rie mengatakan bahawa setelah kematian Hokage Keempat iaitu Minato. Ayah Naruto sebenarnya telah memberikan sepucuk surat kepada Namikaze Rie untuk diberikan kepada Naruto. Lalu Namikaze Rie memberikan surat itu kepada Naruto. Namun Naruto tidak membacanya. Namikaze Rie juga menceritakan tentang seorang lelaki yang cuba menyerang Naruto semalam. Lelaki itu bernama Uchiha Raisuke. Tiba-tiba, “Rie temankan aku ke kedai buku” suara Jiraiya tiba-tiba muncul dari belakang. Belum habis Rie menceritakan cerita tadi kepada Naruto, Rie terpaksa pergi menemani Jiraiya. “Sejak bila pula petapa gatal ni kenal mamat Rie ni?” Perosalan timbul difikiran Naruto.
![]() |
Inilah Namikaze Rie. Karakter Narucom [Papar Profil]. Uchiha Raisuke pun Karakter Narucom. Kalau nak join komuniti kami tekan je sertai kumpulan WhatsApp :) |
****
P/S: Ada bahagian 3 lagi tau. Bahagian 3 adalah penamat cerita ni. Jangan lupa komen :)
[Baca Bahagian 3]
Sila Share, Komen dan Subscribe Malaysia DuniaKu.
0 Ulasan