Jangan Pergi Sasuke! (Bahagian 1) - Cerpen Naruto FanFic



.

Jangan Pergi Sasuke! - Yusrie MD.

   Pagi yang indah, Naruto seperti biasa bangun dari tidur lenanya. Seperti biasa, setiap hari ianya akan kelihatan bersemangat. Lebih-lebih lagi hari ini ujian Chunin akan bermula. Namun hari ini Naruto bangun lebih awal dari hari-hari yang biasa. Sebelum keluar rumah ia mengikat pelindung dahi di kepalanya sambil berkata “Aku pasti akan menjadi Hokage”. Itulah cita-cita Naruto.  Sebelum ke Akademi Konoha, Naruto  singgah bersarapan di Ichiraku Ramen. Maklumlah makanan kegemarannya ialah Ramen. “Ramen satu mangkuk!” Naruto memesan ramennya. Lantas Teuchi si pakcik Ramen membalas  dengan soalan “Eh Naruto, kenapa satu mangkuk je? Selalunya bermangkuk-mangkuk kau makan”.  Dengan senyum sengeh Naruto dia menjawab “Harini ujian Chunin lah pakcik, kalau perut penuh susahlah nanti”.


    Sambil menyuap Ramen menggunakan chopstick ke mulutnya, teringat akan kata-kata cikgunya iaitu Hatake Kakashi. “Shinobi yang melanggar peraturan memang disebut sampah, tetapi shinobi yang meninggalkan sahabatnya lebih rendah dari sampah”. Tiba-tiba teringat pula Naruto semasa dia diikat akibat tidak berjaya mendapatkan loceng daripada cikgunya. Yang bermain di kepalanya bukannya loceng itu. Tetapi, makanan yang disuapkan Sasuke ke mulutnya. “Eh, Sakura pun sama lah” merah mukanya mengingati peristiwa semalam itu. Merah bukan malu tapi suka. Entah apa yang difikirkan Naruto.



****

  Tiba di Akademi Konoha, Naruto masuk ke bilik menunggu para calon Ujian Chunin. Kelihatan ramai shinobi di bilik menunggu itu seolah-olah seperti lautan manusia yang berbagai ragam. Bukan sahaja shinobi Konoha, shinobi kampung-kampung lain seperti Suna dan Iwa juga menyertai Ujian Chunin ini. Dalam lautan manusia itu, Naruto mencari-cari Sakura dan Sasuke dengan sepasang matanya. Ke atas bawah kiri kanan anak mata Naruto meneroka memandang bilik menunggu itu. Nasib saja kepalanya tidak mampu berpusing 360 darjah. Tiba-tiba di bahunya ada tangan yang memegang. Tekejut Naruto. Dengan kelajuan yang tidak terhitung Naruto terus memandang kebelakang. Rupa-rupanya sahabatnya Sasuke dan di belakangnya pula Sakura. “Tekejut aku, lain kali bagilah salam dulu”. “Pandai pulak kau tekejut. Kepala je keras tapi tu pun dah tekejut” perli Sakura. “Awal betul kau datang hari ni, selalunya kau datang gila nak mampus lewatnya” sambung Sakura. Naruto sengih sambil tangan kanannya menggaru-garu kepalanya. Sasuke seperti biasa hanya bersifat dingin. Sifat semulajadi atau bukan? Entah dia sahaja yang tahu.


    Calon-calon Ujian Chunin diarahkan untuk memasuki bilik peperiksaan menandakan bermulanya Ujian Chunin. Ujian peringkat pertama ini merupakan ujian bertulis. Naruto duduk di sebelah Hinata bermata putih yang dikenali sebagai Byakugan yang hanya dimiliki oleh Puak Hyuga itu. Naruto kali ini menggigil. Wajahnya pucat bagaikan mayat hidup. Maklumlah, Ujian Bertulis adalah musuh terkuat Naruto. Namun lain pula Hinata yang duduk disebelahnya. Wajah Hinata merah, tetapi tidaklah semerah Bunga Raya yang mengembang. Pintu terbuka dan masuknya seorang Jounin Tokubetsu yang berjaket kulit hitam mencecah bawah lututnya. Jounin Tokubetsu itu memperkenalkan dirinya. Namanya Morino Ibiki dan ia akan menjadi ketua pengawas peperiksaan untuk peringkat ujian bertulis ini. Diwajahnya mempunyai dua parut yang panjang dan jelas kelihatan. Wajah Ibiki betul-betul kelihatan ganas sehingga muka naruto yang pucat menjadi lebih pucat. “Baiklah semua, kita akan memulakan ujian bertulis” kata Ibiki. Waktu menjawab iaitu 2 jam telah pun bermula. Semua shinobi mula menjawab. Namun Naruto masih kaku bagaikan pokok yang mati tidak berdaun. “Arghhh, susah betul soalan-soalan ni” rungut Naruto. Tiba-tiba dia teringat akan seorang lelaki yang terserempak dengannya semasa dalam perjalanannya ke Akademi Konoha pagi tadi. Lelaki itu berambut kuning dan anak matanya berwarna biru sama seperti Naruto. Lelaki itu tidak pernah dilihat Naruto sebelum ini. Lelaki itu meminta bantuan kepada Naruto untuk menunjukkan jalan untuk ke rumah arwah adiknya. Namun, Naruto enggan menolongnya kerana dia risau akan terlewat untuk ke Akademi Konoha pagi itu.



    “Kamu keluar!” suara Ibiki mengejutkan Naruto dan semua shinobi lain di dewan peperiksaan. Seorang Shinobi dari kampung Kiri dihalau keluar akibat meniru. Naruto sedar dari bayangan ingatan mindanya. Melihat kertas soalannya yang masih bersih dan kosong. Naruto kelihatan panik dan sehinggakan Hinata perasan akan perkara itu. Hinata cuba memberikan jawapan kepada Naruto, Namun Naruto menolak. Naruto menggerakkan bola matanya ke sekeliling melihat keadaan. Ia sempat melihat gadis berambut merah jambu dari Puak Haruno yang bernama Sakura. Sungguh menawan jiwa Naruto. Di sudut lain kelihatan Sasuke yang fokus menjawab soalan. “Ah, aku lebih baik daripada Sasuke” Kata Naruto di benak hatinya.  Naruto memang tidak sama taraf dengan kebolehan Sasuke. Nak disamakan kaki pun tak boleh. Namun, Naruto tetap cuba memperbaiki dirinya agar jadi lebih kuat daripada Sasuke. Siapalah tidak kenal akan satu-satunya Uchiha yang terisisa ini. Wajah yang kacak, mempunyai otak dengan IQ yang tinggi dan mempunyai ramai peminat. Sambil melihat Sasuke, Naruto teringat akan satu persitiwa semasa ianya masih lagi pertama kali memasuki Akademi. Dia teringat akan peristiwa yang memalukan iaitu semasa dia tercium Sasuke tanpa sengaja.  “Argh!!! Ape ni?!!!“ jerit Naruto di dalam hatinya. “Masa menjawab TAMAT!!!” jerit Ibiki yang merupakan ketua pengawas. Naruto tersentak dari bayangan ingatan mindanya dan kembali semua ke dunia realiti. Naruto tidak menjawab langsung kertas soalan peperiksaannya. Namun yang paling mengejutkan Naruto berjaya keperingkat seterusnya.

****

P/S: Best tak? komen sikit eh.. lepas tu barulah sambung baca bahagian 2. hehe

[Baca Bahagian 2]

Komen, Kongsi dan langgan Malaysia DuniaKu :)

0 Ulasan

Taip di atas...