I AM ME-Dato Seri Vida Kini Viral. Pujian Mengejutkan Chef Wan Buat Queen of Tonton.


Tahniah buat Dato Seri Vida yang kini menjadi buah mulut orang ramai malah para selebriti sejak video I am me dilancarkan dan video itu sedang trending di youtube channel. Hebat kan??

Menerusi laman Instagram Chef Wan, beliau adalah orang pertama dalam kalangan selebriti yang membuka suara berkenaan video I am me-Dato Seri Vida. Namun Dato Seri Vida bukanlah dikecam tetapi mendapat pujian daripada Chef Wan atas tindakan berani Queen of Tonton ini untuk beraksi dalam bidang seni muzik.

Chef Wan teruja dan kagum dengan Dato Seri Vida yang tetap dengan pendiriannya walaupun telah menerima banyak kutukan. Tidak mustahil jika I am me boleh terkenal satu dunia seperti The shape of you-Ed Sheeran pada tahun 2016.

Lirik dan gaya lucu Dato Seri Vida dalam muzik videonya telah mampu menarik hati ribuan peminat walaupun tidak mempunyai suara yang bagus.

"Sekarang nak jadi selebriti tak perlu pakej yang orang nak, cukup jadi diri sendiri gila-gila dan janji orang suka," jelas Chef Wan lagi. Jika kita rasa tidak suka dan video itu tidak sesuai untuk mata, hati dan mulut kita, tak payah la ikut dan layan. Tambah dosa je kita mengata dan mengutuk tak sudah-sudah.

Hal yang paling mudah dalam "menjadi" adalah menjadi diri kita sendiri dan hal yang paling sulit dalam "menjadi" adalah menjadi apa yang diinginkan orang lain. Sedikit pesanan ringkas daripada Malaysia Duniaku buat para pembaca. Tahniah sekali lagi kepada Dato Seri Vida, we wish you all the best.

Sumber: gempak.org

0 Ulasan

Taip di atas...