Dipenjara 18 minggu gara-gara merakam video dalam kain wanita.
Niat sudah betul ingin mencari kerja tapi lain pula yang dibuatnya. Menurut The Straits Time, baru baru ini, seorang lelaki dari Singapura telah ditangkap berhadapan tuduhan merakam video yang tidak sepatutnya. Tsai Wei-Feng, 41, seorang ahli akademik baru sahaja kehilangan kerja dan telah pergi ke Singapura untuk mencari kerja baru.
Entah bagaimana tujuannya boleh terpesong apabila dia ditangkap merakam video bawah kain wanita menggunakan kamera yang diletakkan di kasut kirinya. Kamera tersebut biasa digunakan untuk mengintip seseorang tanpa disedari. Seramai 71 orang wanita telah menjadi mangsanya.
Dia telah ditangkap di Pusat Beli Belah Takashimaya di Orchard Road apabila seorang wanita menyedari tindak tanduknya dan mengambil keputusan untuk mengikutnya. Kehadiran Tsai desedari apabila dia melanggar bahu wanita tersebut.
Wanita tersebut berkata bahawa Tsai telah mengekori kawannya dan berkelakuan aneh apabila kaki kirinya diletakkan di bawah skirt kawannya. Melihat perkara ini, wanita tersebut mengambil keputusan untuk mengekori Tsai.
Dengan bantuan wanita tersebut, pengawal keselamatan berjaya menagkap Tsai. Kehadiran pihak polis mengesahkan niat buruk lelaki teesebut apabila mendedahkan kamera yang digunakannya. Sebanyak lapan video telah dirakam.
Tsai dikatakan telah merancang perbuatannya itu. Malah, terdapat juga video rakamannya menunjukkan mangsa yang sama setiap kali. Bagi mempertahankan dirinya, peguamnya mengatakan bahawa dia menghidap voyeurisma menyebabkannya gagal menahan dirinya.
Setelah disabitkan dengan 71 tuduhan, Tsai telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 minggu.
Kaum wanita diharapkan lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa lelaki seperti ini!
Sumber: World of Buzz
0 Ulasan