Cerita Sedih Stesen MRT Malaysia
Sejak dibuka lima hari lepas, stesen MRT telah mendapat banyak sambutan dan komen yang positif daripada ramai pengguna. Malah, ada yang mengatakan bahawa sistem MRT kita lebih baik daripada Hong Kong, New York dan London serta pada level yang sama dengan Singapore seperti yang disampaikan Perdana Menteri kita sendiri.
Antara yang menjadikan MRT negara kita begitu mengagumkan adalah sistemnya yang moden dan bertaraf dunia, serta hiasan dalamannya yang begitu inovatif dan memukau. Malah, bangkunya juga direka dengan bentuk yang menarik bagi menambah seri ruang menunggu.
Tetapi, apa yang memilukan, ada juga sesetengah rakyat Malaysia yang tidak menghargai kemudahan yang diberikan kepada kita. Tidak sampai seminggu stesen tersebut beroperasi, banyak kes-kes vamdalisma yang telah dilaporkan.
Selepas lawatan oleh Datuk Najmuddin Abdullah yang juga merupakan salah seorang direktor MRT tersebut, beliau berkata, "Saya sedih dengan kerosakan dan vandalisma yang berlaku di stesen kami walaupun baru sahaja beroperasi selama lima hari!"
Beliau menyatakan bahawa terdapat banyak kesan calar pada bangku serta didnding. Selain itu, tandas yang dibuat khas untuk golongan OKU turut rosak dua hari yang lepas. Tidak cukup dengan itu, beliau juga melihat ada penyapu yang terbiar di atas bumbung di stesen Bukit Bintang. Di stesen Merdeka pula, para pekerja mengatakan bahawa kanak-kanak telah memanjat dinding yang diukir dejgan Rukun Negara. Perkara ini sangat memalukan dan menunjukkan sikap biadap pelakunya yang seperti menghina Rukun Negara.
Selain daripada vandalisma, pengguna juga turut membuang sampah seperti puntung rokok ke merata-rata tempat. Perbuatan ini bukan sahaj akan mengotorkan stesen tersebut malah turut mencerminkan sikap sesetengah oramg yang pengotor dan tidak bertanggungjawab.
Stesen MRT di Malaysia dianggap bertaraf antarabangsa tetapi mengapa penggunanya yang juga merupakan rakyat tempatan menunjukkan sikap seseorang yang tidak berpendidikan? Bukankah kita semua diajar untuk menghormati dan tidak melakukan kerosakan pada harta awam? Perlakuan sebeginilah yang akan memburukkan imej Malaysia di mata dunia terutamanya dalam kalangan pelancong luar. Adakah ini yang ingin kita tunjukkan tentang negara kita? Kotor serta tidak terurus? Diharapkan para pengguna selepas ini akan lebih menjaga adab mereka dalam menggunakan harta awam agar kejadian ini tidak berlaku lagi.
Sumber:
0 Ulasan