Apa Itu Introvert?
Sumber: Google
Pernahkah anda mendengar perkataan introvert? Adakah anda berkawan dengan seorang introvert atau adakah anda sendiri merupakan seorang introvert? Apa pula maksud introvert?
Definisi : (Psi) orang yg bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pd dirinya sendiri, tidak suka bergaul dlm masyarakat atau dunia luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Dari segi kata lain, mereka yang introvert mempunyai kecenderungan untuk bersendirian dan kurang bersosial dengan orang lain serta tidak bersifat terbuka terutamanya apabila melibatkan perasaan. Apa pula ciri-ciri seseorang introvert?
1. Memproses Lebih Info
Sumber: Google
Introvert tidak suka bercakap dan lebih cenderung untuk menjadi pemerhati. Perkara ini menyebabkan mereka dapat memproses info dengan lebih banyak. Walaupun perkara ini membawa kebaikan kepada individu tersebut tetapi, apabila mereka berada di tempat yang mempunyai banyak aktiviti seperti konsert, minda mereka akan dibanjiri terlalu banyak maklumat menyebabkan mereka berasa rimas dan tidak selesa lalu mereka akan bertindak untuk menutup diri mereka daripada dunia luar.
2. Terdapat 4 Jenis Introvert
Sumber: Google
- Introvert sosial- Mereka gemar bersosial dalam sebuah kumpulan yang kecil.
- Introvert pemikiran- Mereka merupakan seorang pemikir dan selalu refleksi diri sendiri.
- Intovert keresahan- Sentiasa cemas dan bimbang dalam bersosial
- Introvert 'restrain and reserve- Mereka yang berfikir sebelum bertindak
Walaupun boleh dibahagikan tetapi selalunya individu introvert mempunyai keempat-empat ciri tersebut.
3. Penerangan Yang Kukuh
Sumber: Google
Apabila disuruh menerangkan sesuatu perkara, introvert selalu menggunakan perkataan yang lebih konkrit seperti nama ataupun bilangan sebenar sesuatu perkara. Selain itu, mereka juga akan menggunakan perkataan 'tetapi', 'kecuali', dll menunjukkan bahawa mereka lebih bertumpu ke dalam perbezaan sesuatu benda.
4. Kurang Gembira
Sumber: Google
Introvert dikatakan kurang gembira kerana terdapat banyak perkara yang dapat memberi tekanan kepada mereka. Banyak dan lebih berfikir juga memberi kesan negatif kepada emosi mereka.
5. Imaginasi Yang Kuat Dan Jelas
Sumber: Google
Kerana mempunyai imaginasi yang tinggi, mereka biasanya sangat bagus dalam skil penyelesaian masalah kerana mampu membayangkan sesuatu perkara dan membuat hipotesis tentang kesan dan akibat terhadap jalan penyelesaian mereka. Namun, perkara ini juga boleh membawa kesan buruk daripada segi terlebih analisi sesuatu perkara sehingga pemikiran mereka hanya tertumpu kepada satu perkara sarisiko
6. Kurang Mengambil Risiko
Sumber: Google
Mereka tidak suka mengambil risiko kerana introvert biasanya sangat menjaga kepentingan diri sendiri. Mereka juga tidak merasakan bahawa melakukan perkara berisiko membawa faedah kepada mereka.
7. Kawasan Terpencil
Sumber: Google
Kebanyakan orang suka tinggal di kawasan yang mempunyai ramai jiran tetangga dan dekat dengan pelbagai kemudahan tetapi bagi seorang introvert, tempat begitu hanya akan menyesakkan mereka. Kawasan seperti pedalaman, pergunungan dan tempat-tempat yang aman serta dipenuhi alam semulajadi pula bagaikan sebuah syurga bagi mereka.
8. Lebih Disukai
Sumber: Google
Sifat mereka yang lebih suka memehati menyebabkan mereka lebih sensitif terhadap perubahan seseorang sama ada daripda segi mental mahupun fizikal. Perkara ini membuatkan orang lain terasa dihargai. Mereka juga lebih empati dan mudah memahami perasaan orang lain menyebabkan mereka mudah disukai dan menjadi orang yang dipercayai.
Adakah anda tergolong dalam senarai di atas? Jika ya, anda mungkin juga seorang introvert. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kajian saintifik yang menyokong ciri-ciri di atas, anda boleh menonton video ini.
Sumber: YouTube
0 Ulasan