4 Fakta Menarik Siri Kartun Spongebob Squarepants.. Fakta Terakhir Bakal Mengejutkan Anda!
Spongebob Squarepants?! Siapa yang tidak kenal rancangan kartun ini.. Seketul span berwarna kuning dan memakai seluar empat segi.
Rancangan kartun ini dipopularkan oleh Nickelodeon. Selain Spongebob antara watak popular dalam siri ini adalah Patrick, Gary, Squidward, Mr Krab, Sandy dan Plankton. Walaupun ramai yang menonton siri kartun ini tetapi mungkin ramai yang tidak tahu akan fakta-fakta menarik disebalik siri kartun ini.
Ayuh kita menyelam ke dasar BIKINI BOTTOM untuk menyingkap fakta menarik rancangan popular ini.
1. Watak Spongebob ini dicipta oleh Stephen Hillenburg iaitu seorang Ahli Biologi Marin sebelum menjadi seorang animator, penerbit, pengarah, penulis dan kartunis.
2. Spongebob dan rakan-rakan tinggal di Bikini Bottom, sebuah kota di laut dalam di bawah Pulau Bikini Atoll. Percaya atau tidak.. pulau ini sebenarnya wujud di dunia realiti dan terletak di Micronesia. Pulau ini merupakan kawasan untuk menjalankan ujian nuklear yang digunakan oleh Amerika pada tahun 1940-an dan 1950-an.
3. Pada tahun 2011 para Sainstis telah menemui spesis baru fungi dan fungi itu telah dinamakan sempena nama Spongebob yang dipanggil Spongiforma Squarepantsii.
4. Satu teori yang sukar dipercayai telah dibuat bahawa setiap watak di dalam siri Spongebob ini adalah inspirasi daripada 7 JENIS DOSA BESAR.
Spongebob: Lust (Keinginan yang kuat)
Patrick: Sloth (Malas)
Gary: Gluttony (Rakus)
Squidward: Wrath (Pemarah)
Mr. Krab: Greed (Tamak)
Sandy: Pride (Bangga diri)
Plankton: Envy (Hasad dengki/Iri hati)
Sumber: gedebakviral.com
1 Ulasan
wow
BalasPadam