SubhanAllah! Puting Beliung Kelihatan Dari Labuan

Bandar Labuan dari pandangan Kampung Air Patau-Patau 1
LABUAN: Sebentar tadi penduduk Labuan dikejutkan dengan Puting Beliung yang kelihatan di langit Wilayah Persekutuan Labuan ini. Puting beliung tersebut kelihatan lebih kurang pada 11:43 am hingga 11:56 am (lebih kurang 13 minit).
Sudut pandangan lain dari Kampung Air Patau-Patau 1
   Fenomena tersebut telah menjadi viral di media sosial. Namun demikian, puting beliung tersebut bukannya terjadi di Bandar Labuan. Berita lanjut berkaitan fenomena tersebut masih tidak diketahui. Semoga Labuan dilindungi daripada bencana alam.



Bandar Labuan dari pandangan Kampung Air Patau-Patau 1


Bandar Labuan dari pandangan Kampung Air Patau-Patau 1

   Untuk pengetahuan Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

   Namun demikian, fenomena yang berlaku ini lebih dikenali sebagai Belalai Air. Belalai air ialah fenomena puting beliung kecil yang berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat. Belalai air tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut... Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa belalai air tidak bahaya kerana disebabkan oleh kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah. Tiada sebarang kerosakan dan kemalangan jiwa.

Bandar Labuan dari pandangan Kampung Air Patau-Patau 1
Dari Kampung Patau-Patau 2




Sila Share, Subcribe dan komen artikel ini.. :)

Rujukan: Wikipedia

0 Ulasan

Taip di atas...