WAJIB BACA! Fidget Hand Spinner Boleh Menyebabkan....
![]() |
Pelbagai jenis fidget |
Alat tersebut ialah Fidget Hand Spinner yang merupakan sebuah alat yang digunakan untuk melegakan stress. Alat ini khas digunakan buat mereka yang sering perlu melakukan suatu pergerakan ketika berada di satu tempat. Ia dikatakan sesuai untuk mereka yang bosan ketika berada di meja sepanjang hari sewaktu bekerja.
![]() |
Fidget hand spinner yang paling popular |
Bukan itu sahaja, ramai yang setuju bahawa alat ini dapat menguatkan tenaga saraf dan juga membantu pengguna mengisi lapang dari memandang skrin telefon pintar sepanjang masa.
Menurut penelitian, Fidget boleh membantu orang dengan psikologi abnormal ataupun autisme untuk merasakan ketenangan dan kesenangan secara mudah. Sebab efek yang diberikan Fidget hampir sama dengan Koosh Ball ataupun Tactile Discs yang secara ilmiah sudah dibuktikan manfaatnya.
![]() |
Fidget hand spinner dimain menggunakan tangan |
Selain itu, harganya yang murah yang boleh didapati serendah RM5, membuat banyak orang mampu memilikinya. Itulah mengapa kini Fidget sangat populer di kalangan pekerja maupun pelajar. Fidget ini juga laris dijual di kedai-kedai termasuklah dalam talian. Terdapat juga beberapa jenis reka bentuk fidget lain contohnya seperti fidget cube.
![]() |
Fidget cube |
Kini dapat kita lihat setiap orang tua, muda, remaja bahkan membawa widget ini kemanapun mereka berada. Sehingga ada larangan pelajar di US untuk membawa Fidget Spinner ke sekolah. Ini kerana gadget ini dipercayai telah menganggu sesi pembelajaran.
0 Ulasan