Rahsia Di Sebalik Bunga Ungu Facebook
![]() |
Bunga Ungu Emoji tindak balas emosi Facebook |
'Bunga Ungu" yang kini 'muncul' di ruangan komen di Facebook. Ia adalah satu 'emoji' baharu bermaksud 'berterima kasih' atau 'terhutang budi' (grateful) yang ditawarkan kepada jutaan pengguna Facebook, di samping emoji lain yang disediakan sebelum ini.
"Dalam menghargai sambutan Hari Ibu kami sedang menguji keupayaan orang ramai untuk mereka meninggalkan reaksi 'bunga'," menurut kenyataan Facebook.
Ia juga menjadi 'reaksi' sementara yang pertama disediakan Facebook. Sebelum ini Facebook hanya menawarkan butang 'like', diikuti butang tindak balas emosi.
Apabila anda menggunakan Facebook pada versi telefon bimbit, ciri baharu ini bertambah menarik kerana "Bunga Ungu" ini akan bergerak, seolah-olah ia sedang 'berkembang' di skrin telefon anda apabila anda 'menghadiahkannya' kepada seseorang.
Bagaimanapun, bunga ini tidak akan 'berkembang' di skrin komputer apabila menekan tetikus untuk menghadiahkannya kepada rakan lain.
"SELAMAT HARI IBU"
Rujukan: mStar
0 Ulasan