"kita Tetap Bersama": Patau-Patau 1 dan Bebuloh


  Berikutan kekecohan yang berlaku  di Kompleks Sukan Labuan semasa Perlawanan akhir antara Pat United F.C dan Bambu F.C pada 2 hari yang lepas membuatkan video kekecohan tersebut viral di media sosial.

Kampung Patau-Patau 1
    Ingin dikatakan di sini, perkara tersebut telah menyebabkan kebanyakan pengguna alam maya memberikan komen di media sosial seperti Facebook mungkin akan menyebabkan hubungan kedua-dua kampung menjadi tegang. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dalam sesebuah permainan.

Kampung Bebuloh Laut

    Diharapkan kedua-dua kampung iaitu kampung Bebuloh dan Patau-Patau 1 dapat mengekalkan hubungan yang sekian lama telah terjalin. Sukan seharusnya tidak menjadi benteng yang memisahkan hubungan antara kedua-dua kampung tetapi seharusnya menjadi seuatu yang merapatkan lagi hubungan sesama kita. Ya tidak dapat dinafikan, kedua-kedua kampung ini mempunyai kehebatannya dan keunikannya tersendiri walaupun mempunyai budaya yang sama. Namun perkara seperti ini tidak patut menjadi sebab kedua-dua kampung memutuskan hubungan persaudaraan.

Pat United F.C.
Bambu F.C.

    Sesuatu kekecohan itu bukan disebabkan kedua-dua kampung atau orang-orang Labuan yang lain, tapi pada individu itu sendiri. Malaysia DuniaKu berharap agar pada masa akan datang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Amalan hormat menghormati harus diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Jangan kita saling benci membenci dan berpecah belah. Hari ni gaduh esok berbaik semula, Kita bersaudara..  Kita 1 bangsa dan 1 Malaysia.




   Bambu F.C telah berjaya memenangi perlawanan pada malam itu dengan jaringan 3-2. Tahniah.

"Majulah Sukan Untuk Negara!"
Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia...


0 Ulasan

Taip di atas...