Pat United Tetap Di Hati

Pat United tetap yang terbaik
   Berakhir sudah perlawanan antara Pat United dan Bambu. Kedua-dua pasukan bersaing hebat untuk mendapatkan gelaran juara. Namun kemenangan tidak memihak kepada Pat United apabila keputusan rasmi mencatatkan Pat United mendahului 1-0 pada separuh masa pertama dan 1-1 pada separuh masa kedua. Di sebabkan seri, pada masa tambahan pertama 1-2 dan separuh masa tambahan kedua 2-2 dan pada detik-detik akhir 2-3. Tahniah diucapkan kepada Bambu F.C. Tidak lupa juga kepada penganjur iaitu Gerakan Pemuda Umno Labuan, terima kasih diucapkan semoga pertandingan seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.




    Tidak mengapa, kata orang "Menang kalah adat permainan". Pat United F.C tetap yang terbaik. Admin tidak nafikan Patau-Patau 1 tetap yang terbaik. Tahniah juga diucapkan kepada permain-pemain Pat United F.C. InshaAllah kemenangan akan memihak kepada kita pada masa akan datang yang penting usaha dan jangan mudah mengalah. Pasti akan kita ulangi kegemilangan Kampung Patau-Patau 1.




   Tahniah juga kepada penduduk kampung Patau-Patau 1 terutamanya Ultras Pat United sebagai penyokong Pat United F.C. Kawasan penyokong Pat United penuh dengan penduduk kampung Patau-patau 1.  Sungguh bersemangat orang Patau-Patau 1. Tanpa penyokong tidak meriah dan bersemangatlah sesuatu perlawan itu. Terima apapun keputusan dengan sikap seseorang yang bertamadun, Biar kalah tapi bermaruah. Sukan mengikat hubungan silaturahim antara kita. Itu lebih penting. Bangga jadi anak Patau-Patau 1.

"Majulah Sukan Untuk Negara"
Pat United Tetap Di Hati! 

Penulis: Orang Patau-Patau jua ni....

Komen, Share dan Langgan....

0 Ulasan

Taip di atas...