Merasa Jatuh Semasa Dalam Tidur? Ini Sebabnya...



    Setelah penat melakukan aktiviti seharian, sudah tentu anda ingin merehatkan badan. Antaranya ialah dengan cara tidur. Tidur memang suatu yang penting dalam kehidupan kita. Dengan membaringkan badan diatas katil yang bertilam empuk dan bantal yang memang menyenangkan kita, sudah tentu itu memberikan kelegaan untuk kita selepas penat melakukan aktiviti seharian,

Namun, saat memulakan tidur atau sedang tidur, Anda tiba-tiba tersentak bangun karana perasaan anda seperti terjatuh ianya juga akan membuatkan jantung berdegup laju. Ianya juga kadang-kadang berlaku dengan visual semasa tidur seperti mimpi jatuh atau terjun dari tempat yang tinggi.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Perkar tersebut terjadi kerana, kedutan yang terjadi di lengan, kaki, atau bahkan seluruh tubuh Anda itu disebut sleep starts atau hypnic jerk, kata seorang pakar berkaitan tidur iaitu Michael Breus.

Apabila berlaku anda tidak perlu panik karana ini biasa terjadi dan tidak berbahaya. Namun ianya boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur (Insomnia). Kemungkinan juga disebabkan oleh gangguan jin semasa tidur.

Penyebab pasti dari terjadinya hypnic jerk itu memang dan masih tidak jelas. Namun, ada teori yang mengatakan otak tertidur sebelum tubuh sehingga otot salah menafsirkannya. Menurut Breus, keadaan itu berlaku apabila waktu tidur yang terus berkurang.

Semakin kurang waktu tidur Anda, semakin cepat otak Anda tertidur dan dapat menyebabkan hypnic jerk.

Karana itu, pastikan waktu tidur Anda memenuhi waktu normal iaitu lapan jam setiap malam. Kesihatan secara keseluruhan juga harus dititik beratkan contohnya pemakanan seimbang dan bersenam. Jangan lupa juga baca doa sebelum tidur.


Sila komen dan langgan ... Sila Share kepada rakan-rakan...

0 Ulasan

Taip di atas...