Resipi Bubur Nasi Mudah

Musim hujan dan cuaca sejuk memang sedap melayan bubur nasi. Makanan ini lembut dan mudah dihadam. Juga untuk mereka yang kurang sihat dan tiada selera makan.
Bahan-Bahan (Bubur):
- 1 Cawan Beras
- 4 Cawan Air
- Secubit Garam
Bahan-Bahan Tambahan(jika suka):
-1 sudu besar Maggi cukup rasa
-Lobak dipotong kecil
-0.5 inchi halia
Cara-Cara (Bubur):
1. Masukkan semuanya kedalam periuk atau lebih mudah (tak perlu gaul) periuk tekanan/periuk nasi elektrik
2. Hidupkan dan biarkannya masak hingga lembik.
3. Hidangkan bila dah suam sedikit.
Lauk Untuk Bubur Nasi(jika suka):
- Ikan Bilis Goreng Garing
- Telur Goreng Kicap Hancur
- Cili Goreng
- Hirisan Daun Sup
- Bawang Goreng
-Hirisan daging/ayam (jika suka, sup rebusnya boleh digunakan untuk air semasa memasak bubur)
*Taburkan di atas bubur.
Dihidang kosong pun sedap, kalau ibu, ayah, suami, isteri dan anak-anak sakit atau nak makan bubur boleh lah masakkan untuk mereka. Mudah je..
Selamat mencuba!
Sila Kongsi artikel ini, komen dan langgan.

0 Ulasan

Taip di atas...