Termometer Pecah Tiga Pelajar Cedera

Labuan: Tiga pelajar perempuan tingkatan satu dibawa ke hospital selepas kejadian cecair merkuri jatuh dan pecah lalu terkena tiga pelajar terbabit di bilik makmal Sekolah Menangah Sains, Labuan, pagi tadi

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.57 pagi.

"Seramai 25 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian bersama Pasukan Unit Berbahaya (Hazmat) dan sebaik tiba didapati seunit termometer pecah di bilik makmal di sekolah berkenaan.

"Anggota bomba kemudian mengambil langkah segera membersihkan kawasan berkenaan sehingga selesai," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, operasi tamat 10.19 pagi tadi.

0 Ulasan

Taip di atas...