Cara Memilih Telefon Pintar Berkualiti

   
Assalamualaikum,salam sejahtera,

  Telefon berkualiti memang kita perlukan untuk memantu kehidupan kita seharian. Tapi apakah ciri-ciri asas telefon berkualiti? okay! admin akan kogsikan cara asas untuk memilih telefon pintar yang berkualiti. telefon yang mahal tidak semestinya berkualiti dan telefon yang murah tidak semestinya tidak berkualiti.

  Berikut spesifikasi yang mesti ada di dalam sebuah telefon pintar. Kalau  beli telefon pintar tu jangan lah segan bertanya tentang perkara-perkara di bawah ini kepada penjual. bak kata pepatah malu berdayung perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan .

1. Reka Bentuk

   reka bentuk sebenarnya memainkan peranan utama untuk sebuah telefon pintar. Denagan reka bentuk telefon pintar yag sesuai kaca telefon tidak akan mudah pecah apabila terjatuh ataupun semasa kita terduduk telefon kita. Antara bentuk telefon pintar yang baik ialah setiap bucu telefon hendaklah melengkung ataupun tidak tajam. selain tu dengan reka bentuk yang sesuai dapat menjadikan anda lebih selesa untukmeggunakan telefon anda.

2. Perisian & Sistem Pemperoses

    Seperti yang kita ketahui perisian yang paling terkenal dan paling banyak digunakan di dunia ialah ANDROID dan  diikuti IOS (Apple). Ya, kedua-dua perisian ini sangat bagus dan dipercayai. Lebih baik carilah smartphone yang mempunyai perisian yang terkini seperti Android MARSMALLOW (6.0). Perisian lain yang boleh di jadikan pilihan ialah seperti Windows dan Blackberry System. Okay seterusnya sistem pemproses, secara ringkas pilihlah sistem pemproses yang laju dan jimat tenaga. contoh sistem pemroses yang banyak digunakan ialah seperti MediaTek dan Snapdragron.

3.Kamera

   Bagi orang yang suka selfie atau menangkap gambar sudah pasti memerlukan kamera telefon yang berkualiti. Jadi admin cadangkan pilihlah kamera depan smartpone anda paling kurang 2MegaPixel manakala kamera belakang sekurang-kurangnya 5Megapixel. Lebih baik pilihlah yang boleh outofokus dan jangan lupa pilih yang ada flash suapaya kamera boleh digunakan pada keadaan gelap ataupun lampu flash itu boleh dijadikan sebagai lampu suluh semasa gelap.

4. RAM & ROM
    RAM sekurang-kuragnya pilihlah 1GB dan  ROM pula sekurang-kurangnya 8GB. 1GB RAM dan 8GB ROM inshaAllah boleh menjadikan telefon anda bekerja dengan cepat dan tidak cepat penuh memori.

5. Bateri

    Tenaga bateri juga harus diambil kira megikut kegunaan telefon dan saiz skrin telefon pintar. Berikut merupaka cadangan admin: skrin 4 inch kebawah - 1800 mAh dan keatas skrin 4.5-5 inch - 2500 mAh dan keatas skrin 5.5- dan keatas (Phablet) - 3000 dan keatas
kalau tablet lebih baik cari yang 5000 keatas (berdasrkan saiz dan sistem)
kalau tablet lebih baik cari yang 5000 keatas (berdasrkan saiz dan sistem)
namun demikian, jumlah tenaga bateri itu juga bergantung pada sistem pemproses.

6. Sambungan

 Sambungan telefon juga sekurang-kurangnya hendaklah boleh menyokong 3G tapi lebih baik plilih 4G. Hal ini memainkan peranan penting semasa anda menggunakan internet atau membuat panggilan. dengan 3G sambungan internet dan sambungan telefon anda akan lebih laju dan pantas dan begitu juga 4G. cuma 4G memang lebih laju daripada 3G.

6.Tambahan

  admin cadangkan belilah telefon yang ada mempunyai sensor(pengesan cahaya)  ataupun pengesan lain suapaya telefon pintar anda boleh berfungsi dengan lebih baik. dan jangan lupa juga GPS. GPS penting apabila anda melancong. Akhir sekali ialah  pilihlah telefon yang mempunyai sekurang kurangnya mempunyai dua slot  kad sim dan  satu slot memori mikro (untuk menambah jumlah storan anda). dengan ada dua kad sim anda mempunyai backup apabila salah satu sim tidak menerima isyarat. 

TIPS! *#0#*, tekan no tu dekat papan pendail telefon. cara tu dapat memudahkan anda memeriksa secara pantas fungsi utama telefon anda. yang lain-lain tu boleh tengok kat setting>about phone

Okay itu je untuk kali ni. Boleh lah beli smartphone baru untuk raya.. heheh

komen dan subscribe dan share dan dan dan terima kasih :P

tag: #smartphoneberkualiti#smartphonebajet#smartphonemurah#smartphonecanggih


0 Ulasan

Taip di atas...