Penemuan Tergempar! Mahkluk Asing (Alien) Telah...

Makhluk asingyang pernah terakam pada CCTV


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


 Makhluk asing? Adakah anda tahu apa itu makhluk asing? Makhluk asing ialah makhluk luar angkasa atau makhluk asing adalah makhluk yang ditakrifkan sebagai hidupan yang tidak berasal dari Bumi. Admin juga pernah mendengar di corong-corong radio,televisyen dan di surat khabar mengenai makhluk asing. Ada juga orang yang pernah menceritakan mengenai pengelaman melihat mahkluk asing atapun selalunya digelar UFO.
lebih kurang macam ni lah UFO

   UFO tu apa?Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.

Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.

Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.




BENARKAH MAKHLUK ASING WUJUD?
haha .. macam toyol lah alien ni





   Jika anda berfikir begitu, anda barada di artikel yang tepat. Artikel kali ini sebanarnya akan mengulas tentang kewujudan makhluk asing. Mengikut sebuah buku yang admin pernah baca, makhluk asing yang sebanarnya ialah jin???. Tau apa itu jin? jin merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia.


   Okay, cuba lihat di sekeliling anda atau bayangkan objek yang anda pernah belajar dan lihat. Di langit yang luas pada waktu malam kelihatan beribu-ribu bintang yang boleh kita lihat. Adakah anda terfikir, apakah tujjuan Allah menciptakan alam semesta yang bergitu besar sekranya  tiada makluk lain selain manusia?

  Kita teruskan, Adakah benar makluk asing ialah jin?

"Antara (ayat-ayat)  tanda-tandaNya adalah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang dia sebarkan kepada kedua-duanya. Dan di maha kuasa  mengumpulkan semuanya apabila dikehendakiNya"  (surah asy-Asyuraa [42]:29)
makhluk asing yang dijumpai mati di kawasan New Mexico
  Berdasarkan ayat al-Quran itu telah menegaskan,langit dan bumi adalah ciptaan Allah dan Allah menciptakan makhluk melata bagi menghui langit dan bumi. Makhluk asing ialah jin adalah perkara yang hampir mungkin. Hampir semua masyarakat di dunia memiliki kepercayaan berkenaan kewujudan makhluk ghaib. Kepercayaan kepada perkara ini lebih banyak ditemui pada masyarakat tradisional berbandng moden.



   Sebagai contoh, di Malaysa ada jin,toyol, pontianak dan lain-lain. Orang Indian di dataran Amerika juga mempercayai kewujudan makhluk-mahluk halus berupa roh yang menjaga dan kadangkala mengganggu.

    Terdapat juga orang yang tidak mempercayai makhluk ghaib kerana tidak dapat menerima penjelasan agama. Orang seperti in akan percaya jika ada bukti saintifik, fizikal dan dapat dirumuskan secara pasti.

    Baiklah admin akan kongsikan sedikit teori mengenai makhluk asing adalah jin. Apabila kita mempercayai kewujudan jin atau maklukh halus, kita akan bertanya; di manakah mereka berada? Menurut kepercayaan, jin adalah makhluk yang menghuni bumi dan diciptakan sebelum Nabi Adam.

Firman Allah "Dan kami telah  menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas." (surah al-Hijr [15]:27)
lukisan purba yang kelihatan seperti mahkluk asing
Ada juga manusia yang pernah berjumpa dengan jin. Mungkin perkara ni pelik cuma tak mustahil terjadi. Berdasarkan buku yang admin baca, jin juga mempunyai kehidupan seperti manusia, Contohnya kita di Malaysia ketinggalan sedikit dari segi teknologi daripada orang yang berada di di Jepun. begitulah juga jin.



    Kesimpulanya, mahkluk asing kemungkinan besar ialah jin tapi tidak mustahil juga jika mahluk asing itu bukan jin. Allah maha berkuasa menentukan semuanya. tak perlu kita sibuk dengan urusanNya yang penting kita taat kepada Allah :) . Tapi tak salah juga kita buat kajian mengenai mahkluk asing ni selagi tidak bertentangan dengan Islam. Sekarang pun negara-negara maju sedang sibuk membuat kajian di angkasa dengan menghantar prob dan sebagainya untuk mencari makhlukluar bumi :)


    Sekian.. itu saja artikel kali ni. Admin pernah juga terfikir apa akan jadi sekiranya makhluk asing menyerang bumi .. hahahah

SILA SHARE DAN TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH! Follow untuk mendapatkan pemberitahuan setiap kali kami menerbitkan artikel baharu.

Tag: #AlienMalaysia #MakhlukAsingMalaysia

2 Ulasan

  1. AL QURAN TIDAK MEMBERIKAN SINYAL ADA KEHIDUPAN SERUPA MANUSIA ATAU KEHIDUPAN MAKHLUK LAIN DI LUAR BUMI KITA!

    Dia-lah Allah, yang menjadikan SEGALA YANG ADA DI BUMI UNTUK KAMU (WAHAI MANUSIA) dan DIA BERKEHENDAK (MENCIPTAKAN) LANGIT, LALU DIJADIKANNYA 7 (TUJUH) LANGIT. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

    Allah berfirman: "HAI ADAM, BERITAHUKANLAH KEPADA MEREKA (MALAIKAT) NAMA-NAMA BENDDA (LANGIT) INI" Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya AKU MENGETAHUI RAHASIA LANGIT DAN BUMI dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan ?" (SQS. Al Baqarah, 2:29 dan 33)

    Allah berfirman: "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) فِى الْأَرْضِ di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan".

    Allah berfirman: "Di (bumi) itu kamu hidup dan di (bumi) itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. ﴾SQS. Al A'raf, 7:24 dan 25﴿

    Soal adanya makhluk serupa atau semacam manusia pada planet selain di bumi sedangkan penciptaan manusia saja Allah pun mendapatkan suatu protesan dari makhluk selain manusia, konon lalgi Allah akan menciptakan makhluk mirip manusia di planet lain pada kerajaan semesta langit ini.

    Sampai detik ini para astronom diberbagai kelembagaan antariksa berbagai negara belum ada sama sekali mereka menemukan makhluk selain manusia baik berupa makhluk Alien atau jenis lainnya. Ya jangankan makhluk Alien yang menjadi impian para ahli seperti Stephen Hawking maupun astronom lainnya untuk mendapatkan satu 'planet' yang mirip planet BUMI saja sampai detik ini belum ditemukan.

    Apa lagi makhluk Alien yang berdasarkan perkiraan para astronom di NASA pun hanyalah sebagainya makhluk si mikroba bukan seperti makhluk-makhluk yang kita tonton pada film-film penjelajahan ke dunia antariksa.

    Simak info dugaan-dugaan yang yang rasanya kurang dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya:

    https://mytera3.wordpress.com/makhluk-asing-alien-dalam-alquran/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas infonya... Manusia memang hanya hidup di bumi.. Namun makhluk asing yang dianggap oleh orang barat sebenarnya adalah Jin dan Syaitan...

      Padam

Taip di atas...