Cara Buat Aiskrim Choki-Choki Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera!

 Salam sabtu diucapkan kepada anda yang sudi melawat MY DuniaKu , Sebagai balasan anda melawat blog ini, saya akan mengongsikan satu resepi yang pernah menjadi viral selepas beberapa minggu Aiskrim Sumi viral. Seperti biasa, sebut saja aiskrim Malaysia sudah tentu tidak perlu menggunakan bajet yang banyak dan tidak car-cara membuatnya juga mudah, senang dan ringkas!

Baiklah berikut merupakan bahan-bahan dan cara-cara  membuat Aiskrim Choki-Choki.

Bahan-bahan:
1) 1 tin susu cair
2) 1 tin susu pekat
3) 4 tin air
4) secubit garam
5)2 sudu 1/2 tepung jagung

Cara-cara:
1) Kacau semua bahan kemudian didihkan manja-manja menggunakan api kecil.
2) Letakkan tepung jagung bagi lembut, sedikit garam selain membangkitkan lemak, ia boleh mencegah kembung.
3)  Kemudian tapis dan untuk choki-choki anda boleh potong kepada dua.
4)  Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim dan picit untuk ratakan.
5) Selepas itu masukkan  air susu tadi ke dalam plastik aiskrim yang dah ada choki-choki.
6) Akhir sekali boleh masukkan petisejuk sehingga beku  dan MAKAN!!!!!

Mudah dan ringkas kan? haha. Sila kongsi dan tinggalkan komen :)

0 Ulasan

Taip di atas...