Resipi Kek Batik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari ini MY DuniaKu resepi KeK Batik yang mudah dibuat dan hanya memerlukan perbelanjaan yang sangat sedikit.
Bahan-bahan

1)1 kati biskut marie (600g) . (Kalau boleh patah-patahkan dulu)
2) 6 biji telur
3) 1 buku mentega
4) 1 cawan Milo
5) separuh cawan Nestum
6) 3 sudu besar serbuk koko
7) 1 tin susu pekat

ok! kalau dah ada semua bahan tu boleh lah mula membuat Kek Batik.

Cara-caranya

1) Pukul telur hingga kembang (boleh guna mesin yang pusin-pusing tu :P )
2) Bancuh Nestum, serbuk koko, Milo dan serbuk koko dengan air suam sebanyak 2 tin lalu dipukul dan gaul sampai rata.
3)  Masukkan telur, mentega dan campurkan ke dalam bancuhan Milo tadi.
4) masukkan semuanya ke dalam kuali dan kacau sehingga pekat
5) Angkat dari api kemudian masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan lalu digaul sehingga rata.
6) Sapukan mentega di sekeliling acuan dan masukkan adunan sambil ditekan kuat-kuat hingga padat.
7) Simpan di dalam peti sejuk dan apabila keras boleh dipotong-potong dan terus makan..... hehehe

Mudahkan? Selamat Mencuba!

Sila tinggalkan komen di bawah jika ada pertanyaan atau nak share pendapatan dan pengalaman.

0 Ulasan

Taip di atas...