CERPEN : Rumah Sewa Mahasiswa Berhantu (Bab 1)

 Assaalamualaikum dan salam sejahtera,

mengisahkan tentang sekumpulan mahasiswa yang menyewa sebuah rumah berhantu..Agak nya apa yang terjadi kepada mereka ? adakah mereka mati? hidup? atau jadi hantu terus... hahaha ok tak ape... korang baca je cerita ni.

** ** ** ** ** ** ** ** **

BAB 1
  
  "Nak jaga diri baik-baik ye" pesanan terakhir ibu Helmi sebelum Helmi berlepas ke Kuala Lumpur. Ayah helmi pula hanya berdiam diri, tapi jauh di pelusuk hatinya sedih macam nak banjir pula hatinya itu. Panggilan terakhir untuk pesawat Helmi telah pun kedengaran. Helmi bersalaman dengan ibu dan bapa nya. Helmi terus menuju ke   pintu pelepasan selepas bagasi dan barang-barang lainya selesai di periksa kastam. Dia masuk ke pesawat MAS MH 18 dari Perlis ke  Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan, Helmi hanya memandang ke luar lebih-lebih lagi dia duduk di kerusi yang bersebelahan dengan tingkap. Lebih setengah jam kemudian.... "tuan nak nasi lemak atau mi goreng" tiba-tiba seorang pemugari cantik bertanya. "ha..... Nasi Lemak lah" menjawab dengan muka cemas. Tidak lama kemudian Nasi Lemak pun sampai. Helmi makan sambil merenung makanan itu. Orang di sebelah kerusinya sudah tertidur dan makanannya hanya di letakkan di depannya. Selepas makan Helmi terus menekan screen berada belakang kerusi depanyan nya. Dia menekan menonton kartun Kung Fu Panda 3. Walaupun sedang melihat animasi itu, dia tetap berasa tidak gembira, mungkin dia terfikir tentang ibu dan ayahnya, Tapi itu hanya mungkin, dia tetap tidak tahu.

   Helmi telah pun tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, menuju ke kawasan teksi dan terus memberitahu pemandu teksi itu supaya menghantarnya ke universiti nya. Semasa di pejabat universiti dia mendaftar dan mendapati bahawa hostel universiti telahpun penuh. Dia menuju ke kafe universiti dan memesan Milo sejuk . Milo di sedut menggunakan stro dengan perlahan-lahan sambil merenung kawasan air pancut yang berdekatan. "Hello, sorang-sorang je?"tanya seseorang. "Ah.  Ya.." sambil menoleh ke belakang semasa menjawab pertanyaan itu. "Saya Faiz"kata orang yang menegurnya tadi itu. "Helmi, 20  asal Perlis" balas helmi. Tiba-tiba datang dua orang lelaki yang merupakan rakan keada Faiz iaitu Ardy dan Fariz. Mereka bertiga berasal dari Johor dan masing-masing berumur 20 Tahun."Hye! Buat ape kat sini?" Tanya Fariz. "Saje lepak. Hostel dah penuh tak tahu nak pergi mana". Jawab Faiz. ,"kitorang pun sana.. tapi jangan jangan risau aku dah jumpa rumah murah untuk kita sewa. Harga 150 ringgit sebulan je" Fariz  mengatakan berita gembira itu dengan muka selamba. "Wah! Murahnya, kalau macam tu lebih baik kita berempat sewa rumah tu... bayar kongsi-kongsi, jimat sikit" Pelawa Faiz. 

   Setelah mereka berbual dan berbincang tentang rumah sewa itu, mereka berempat pun pergi ke rumah sewa itu dengan menaiki kereta yang dimiliki oleh Fariz. Jarak rumah sewa itu lebih kurang 1KM dari universiti mereka. Sebelum sampai kerumah sewa itu, mereka singgah di rumah pemilik rumah sewa tersebut dan menguruskan apa yang patut. Selesai sahaja semua urusan mereka terus menuju ke rumah sewa itu . "Wah besar juga rumah ni" puji  Ardy. Ardy, Faiz dan Helmi terus menuju kedepan rumah  sewa itu sambil membawa barang-barang mereka. Semsa itu Fariz masih lagi berada di kereta kerana dia masih lagi mengemas barang-barang dalam kereta Produa Axia nya. "Apa lagi, cepat lah masuk" kata Helmi. "Aduh! Kunci kat Fariz lah.." rungut Faiz. Fariz pun datang sambil berkata "maaflah.. aku kemas kereta tadi" dan lantas membuka  pintu dan tiba-tiba.......

BERSAMBUNG...

Maaflah kalau tak best.. aku dah tak ada idea nak tulis apa ni.. penat sangat sebab ada latihan kawad kaki tadi + kelas tambahan English. Esok aku dah bertanding.. harap menang .. haha.. ok inshaAllah kalau ada idea aku sambung ye...

Sila tinggalkan komen :)

0 Ulasan

Taip di atas...